PROMOSI HIBAH PERCUMA 3 BULAN

Bagi membantu lebih ramai umat Islam mempunyai pelan Hibah Takaful, pihak AIA Public Takaful menawarkan promosi hibah takaful percuma dengan ciri berikut:

✅ Percuma 3 bulan caruman. Caruman hanya mula dibayar pada bulan ke 4.

✅ Terhad kepada 50,000 pelanggan pertama sahaja dan pendaftaran dibuat pada bulan Mei 2020.

✅ Percuma perlindungan Covid-19.

✅ Caruman bulanan bermula dari RM36 sebulan, mengikut umur.

Terdapat 2 pakej hibah takaful ditawarkan:

1. PAKEJ 50,000:

✅ Kematian biasa RM50,000
✅ Kematian Akibat kemalangan RM100,000
✅ Kematian akibat Covid-19 RM75,000
✅ Elaun wad akibat Covid-19 RM200 sehari

2. PELAN 100,000:

✅ Kematian biasa RM100,000
✅ Kematian Akibat kemalangan RM200,000
✅ Kematian akibat Covid-19 RM150,000
✅ Elaun wad akibat Covid-19 RM200 sehari

Jika berminat, boleh hubungi saya segera, pendaftaran adalah TERHAD!

PELAN HIBAH & INFAQ TAKAFUL 2020

PENGENALAN

Program Hibah & Infaq Takaful (HIT) adalah program yang menggabungkan dua amalan pembahagian harta, iaitu hibah kepada ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang dihajatkan dan infaq kepada badan-badan kebajikan, NGO, sekolah tahfiz, rumah anak yatim dan sebagainya. Pelan ini memberi peluang kepada umat Islam untuk membuat kebajikan walaupun sudah meninggal dunia dalam masa yang sama meninggalkan harta untuk kebajikan keluarga. Program ini adalah patuh syariah dan diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.

APA ITU HIBAH & INFAQ?

Hibah merupakan satu bentuk pemberian atau hadiah daripada seseorang kepada seseorang yang lain. Hibah di dalam konsep takaful dikenali sebagai hibah bersyarat di mana hibah akan dilaksanakan apabila peserta takaful telah meninggal dunia. Hibah tidak tertakluk kepada pembahagian secara faraid dan penerima hibah akan mendapat manfaat sepenuhnya wang pampasan yang dihibahkan kepadanya.

Infaq pula adalah membelanjakan harta ke jalan Allah seperti  derma kepada pertubuhan kebajikan dan orang perseorangan, membantu program dakwah, bersedekah atas nama kemanusiaan dan sebagainya.

Continue reading

Peluang Kerjaya

Peluang untuk menyertai pasukan kami sebagai Perunding Elite – Elaun Sehingga RM9000 sebulan!!

Apakah itu Perunding Elite?

Pendapatan sebagai perunding takaful biasanya hanya bergantung kepada komisyen semata-mata. Ini agak menyusahkan dan menjadi masalah terutama kepada mereka yang baru hendak memulakan kerjaya atau yang sudah sedia ada pendapatan tetap tetapi ingin mengubah kerjaya.

Justeru, program perunding elite ini diperkenalkan bagi menyelesaikan masalah ini dengan menawarkan kepada perunding baharu, elaun bulanan bermula dari RM2,000 sebulan sehingga RM9,000 sebulan. Elaun ini ditawarkan bagi membantu perunding baru membina kerjaya sebagai perunding takaful tanpa perlu mengikat perut hasil dari pendapatan berdasarkan komisyen sahaja.

Continue reading

Penghargaan dari Agensi

Alhamdulillah, baru-baru ini saya mendapat sijil penghargaan atas usaha saya mendapatkan jumlah sumbangan takaful antara yang terbanyak di dalam agensi yang saya bernaung.

InsyaAllah, dengan penghargaan yang diberi, akan meningkatkan lagi semangat saya untuk menyebarkan kepentingan takaful kepada masyarakat awam khususnya umat islam.

Jika ada sebarang pertanyaan berkenaan takaful, bolehlah hubungi saya.

Takaful Pemilik Perniagaan & Harta Intelek

Dalam mana-mana perniagaan, pendaftaran SSM, percukaian dengan LHDN dan zakat itu sudah menjadi kewajipan. Memang sudah tertakluk kepada peruntukan akta dan undang-undang masing-masing.

Tapi ada 2 perkara yang tidak wajib, tapi bila tidak diambil peduli, kesannya lebih besar dan dahsyat dari perkara-perkara wajib tadi.

1. TAKAFUL PEMILIK PERNIAGAAN

Sebagaimana pendaftaran harta intelek, pendaftaran takaful khas untuk pemilik perniagaan juga tidak menjadi kewajipan tetapi akan memberi kesan besar jika tidak ada. Mungkin ramai pemilik perniagaan yang sudah ada takaful sendiri, tapi mungkin lebih kepada takaful kad perubatan sahaja. Continue reading

Kenapa Ayah Tak Ambil Takaful?

Surat di atas saya dapat dari seorang rakan di Facebook. Saya sendiri tidak pasti akan kesahihan surat ini tapi moralnya ialah betapa pentingnya seorang yang bergelar bapa mengambil pelan perlindungan takaful untuk dirinya bagi mengelakkan keluarga yang ditinggalkan dalam kesusahan.

Para bapa sekalian, bertindak sekarang! Hubungi saya untuk mendapatkan perkhidmatan perancangan takaful secara professional. Kepakaran saya adalah membantu anda mendapatkan pelan perlindungan takaful yang terbaik mengikut keperluan dan bajet anda.

Azizi Zulkefli

019-3781629

AIA Public Takaful – A-SME Platinum-i Kad Perubatan Syarikat (Medical Card Company)

Pengenalan

A-SME Platinum-i direka bagi menguruskan pelan faedah pekerja dalam perusahaan kecil dan
sederhana; terutamanya untuk 5-150 orang pekerja. Ia adalah pusat bagi semua keperluan faedah pekerja anda, menyediakan perlindungan maksimum untuk keadaan yang tidak dijangka seperti kematian/kehilangan upaya, Penyakit Kritikal dan kos perubatan yang semakin meningkat.

Manfaat A-SME Platinum-i

Continue reading

PENGUMUMAN

KEPADA PENGUNJUNG LAMAN INI YANG ADA MENGANTAR PERTANYAAN MENERUSI EMEL ATAU RUANGAN KOMEN, JIKA TIADA SEBARANG BALASAN SELEPAS 3 HARI, HARAP DAPAT TELEFON, WHATSAAP ATAU SMS TERUS KEPADA SAYA. ADA KEMUNGKINAN EMEL ANDA SAYA TERLEPAS PANDANG.

JIKA ANDA TINGGAL DI SEKITAR LEMBAH KLANG, ANDA BOLEH TERUS HUBUNGI SAYA UNTUK MENETAPKAN SESI PERTEMUAN. SESI PERTEMUAN SECARA BERSEMUKA ADALAH LEBIH MUDAH UNTUK SAYA TERANGKAN KEPERLUAN TAKAFUL ANDA SECARA TERPERINCI.

AZIZI ZULKEFLI

019-3781629

Perbandingan Sebut Harga

Kesedaran masyarakat hari ini tentang keperluan mendapatkan perlindungan takaful sudah semakin bertambah. Ramai di kalangan mereka yang menghantar e-mel kepada saya sedang membandingkan sebut harga takaful yang diterima dari syarikat-syarikat takaful yang ada di Malaysia. Dan kebanyakan dari mereka tidak tahu bagaimana ingin menilai sesuatu sebut harga yang diterima.

Ada juga ejen-ejen syarikat takaful lain yang tidak bertanggungjawab memberi fakta yang kurang tepat dan malah fakta yang tidak betul tentang produk AIA Public Takaful sehinggakan prospek pelanggan menjadi keliru atau mendapat fakta yang salah berkenaan AIA Public Takaful atau mana-mana syarikat takaful lain.

Jadi nasihat saya kepada bakal pemegang polisi, jika anda ingin membuat ‘survey’, pastikan anda tahu apa yang anda ‘survey’ dan dapatkan maklumat terus dari ejen syarikat yang dicari. Sebagai contoh, kalau anda nak tahu tentang produk-produk dari syarikat A, terus pergi ke ejen syarikat A. Kalau ejen syarikat B yang bercerita tentang produk A, ada kemungkinan fakta yang diberi agak kurang tepat atau tidak betul sama sekali.

Kalau anda anda nak tahu apa yang anda patut ‘survey’ untuk produk-produk takaful, di bawah adalah beberapa tips ringkas: Continue reading