Pengenalan
“Tak mungkin saya menghidap kanser.” Inilah perkara yang mungkin terlintas dalam hati apabila kita memikirkan tentang kanser. Malangnya, dalam dunia hari ini, tiada siapa yang boleh bersikap terlalu yakin bahawa mereka boleh mencegah penyakit memudaratkan ini. Namun, dengan kemajuan perubatan yang sedia ada, kebanyakan kanser boleh dikesan di peringkat awal dan berjaya dirawat.
Kanser ialah sejenis penyakit yang tidak memilih bulu. Penyakit ini tidak peduli badan siapa yang diserangnya. Sel kanser hidup semata-mata untuk memenuhi matlamatnya sendiri untuk membiak. Kanser langsung tidak menunjukkan belas kasihan dalam usahanya untuk mengambil alih badan perumah sehingga tubuh yang dihuninya tidak lagi wujud.
Kanser. Perkataan yang sering dikaitkan dengan kematian.
Terdapat 210 jenis penyakit yang diklasifikasikan di bawah nama kanser. Kanser menyerang 11 juta dewasa dan kanak-kanak setiap tahun di seluruh dunia dan meragut enam juta nyawa setahun. Di negara kita, 45,000 rakyat Malaysia disahkan menghidap kanser setiap tahun. Kanser ialah punca kematian kedua terbesar di Malaysia selepas sakit jantung.
Statistik ini memang menggerunkan dan kebarangkalian menundukkan kanser untuk terus hidup hanya satu dalam empat. Tidak hairanlah ketabahan penghidap kanser untuk menentang penyakit ini benar-benar teruji.
Jaminan kewangan membantu menentang kanser
Persediaan kewangan sangat penting dalam usaha menentang kanser. A-Life Cancer360-i boleh membantu menjamin kedudukan kewangan anda. Pelan ini membantu anda membuat persiapan kewangan dan menanggung bil rawatan kanser, supaya anda dapat memberi tumpuan untuk kembali pulih tanpa bimbang tentang masalah kewangan. Menerusi perlindungan meluas kanser peringkat awal dan lanjutan, pelan ini menyediakan sumber kewangan yang diperlukan supaya anda mendapat rawatan perubatan seawal mungkin dan memberikan peluang terbaik kepada anda untuk meneruskan kehidupan.
MenerusiA-Life Cancer360-i , anda bukan sahaja melindungi kesejahteraan diri, tetapi tabungan anda juga dapat dikekalkan, kerana pelan komprehensif ini membayar apabila Kanser disahkan di peringkat awal dan lanjutan.
Lindungi diri anda dengan A-Life Cancer360-i hari ini. Pelan ini adalah cara terbaik untuk memastikan anda bersedia untuk menghadapi ancaman penyakit yang paling pantas menular di Malaysia.
Mengenai A-Life Cancer360-i
A-Life Cancer360-i ialah pelan Takaful caruman berkala yang melindungi anda dari kanser
sehingga umur 80. Pelan ini menyediakan perlindungan menyeluruh untuk Kanser dan Kanser Peringkat Awal. Pelan ini mempunyai ciri-ciri seperti Ganjaran Pemulihan, Faedah Set Semula, Pendapatan Pemulihan Lanjutan dan Faedah Belas Kasihan. Apabila mencapai kematangan, 100% amaun perlindungan akan dibayar.
Pelan Alternatif Untuk Penghidap Penyakit Lain
Pelan ini boleh disertai oleh mereka yang sudah menghidap penyakit-penyakit lain seperti darah tinggi, penyakit jantung dan sebagainya selagi tidak didiagnos menghidap sebarang jenis kanser.
Hubungi Azizi di talian 0193781629