AIA Public Takaful – A Life Joy-i

By | August 11, 2010

PENGENALAN

A-Life Joy-i adalah pelan Takaful berkaitan pelaburan caruman berkala yang patuh syariah. Ia
menyediakan perlindungan ke atas kematian dan hilang upaya menyeluruh dan kekal (HUMK).
Pelan ini disertakan dengan ciri Pertumbuhan Auto yang akan meningkatkan amaun perlindungan kepada 200% secara automatik apabila anak anda mencapai umur 18 tahun, tertakluk kepada terma dan syarat. A-Life Joy-i juga memberikan anda fleksibiliti untuk meningkatkan perlindungan, terrmasuk semasa hamil, dengan menawarkan pilihan-pilihan rider yang boleh disertakan bersama.

SIAPA YANG LAYAK MENYERTAI?

Sesiapa yang berumur 18 tahun ke atas boleh menyertai A-Life Joy-i untuk anak mereka yang
berumur di antara 14 hari dan 15 tahun. Untuk penyertaan semasa hamil, ianya layak untuk wanita hamil yang berumur di antara 18 dan 45 tahun, dan tempoh kehamilan kurang daripada 35 minggu gestasi.

PELAN PERLINDUNGAN DAN SIMPANAN YANG MENYELURUH

Dengan A-Life Joy-i, anak anda akan mendapat perlindungan ke atas kematian dan hilang upaya menyeluruh dan kekal (HUMK) sehingga mereka mencapai umur 100 tahun. Terdapat juga pelbagai pilihan rider-rider termasuk A-Plus Junior CriticalCare-i, dan dana-dana berkaitan pelaburan yang boleh disertakan kepada A-Life Joy-i untuk memastikan keperluan perlindungan dan simpanan anak anda dicapai sepanjang hidup mereka.

PERLINDUNGAN DUA KALI GANDA AUTOMATIK

Semakin anak anda membesar, keperluan perlindungan mereka juga akan meningkat. Dengan ciri Pertumbuhan Auto, amaun perlindungan anak anda akan digandakan dua kali secara automatik
apabila dia mencapai umur 18 tahun, tanpa melalui pengunderaitan perubatan.

PERLINDUNGAN AWAL ANAK

Dengan A-Plus BabyCare-i, bayi anda akan dilindungi sekiranya dia perlu diwadkan di dalam Neonatal ICU (NICU), Wad Rawatan Separa Rapi (HDU) atau dimasukkan ke dalam inkubator. Buat pertama kali di Malaysia, pelan ini juga menyediakan perlindungan untuk Autisme dan Gangguan Defisit Perhatian dan Hiperaktif.

MANFAAT BABY CARE I:

PERLINDUNGAN DAN SIMPANAN YANG FLEKSIBEL

Caruman untuk pelan ini adalah berpatutan, bermula daripada RM 150 sebulan. Anda mempunyai fleksibiliti untuk meningkatkan atau mengurangkan perlindungan anak anda menurut keperluan. Anda juga boleh menyimpan lebih apabila pendapatan anda bertambah,
membuat pengeluaran wang apabila anda perlukannya, atau menukar di antara dana-dana berkaitan pelaburan untuk menepati tahap toleransi risiko anda.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PELAN INI, HUBUNGI 019-3781629 (AZIZI) 

6 thoughts on “AIA Public Takaful – A Life Joy-i

  1. nisa

    salam…

    kalau amek takafulink pendidikan utk anak lelaki umo 6 thn, brapa sebulan? mita quotation.
    dan ada x benefit untuk anak jika masuk hospital spt benefit smartmedic?

    asap

    Reply
  2. Sufian Roslan

    Salam, saya nak minta quotation untuk anak lelaki umur 8thn,5thn dan 3 thn?
    TQ

    Reply
  3. ima

    berminat utk ank 13 thn 11 thn dan 9 thn. sila bg info. means this education takaful cover sekali dgn life insuran ker?

    Reply
  4. Nor hafizah

    Salam…pm quatation utk takaful pendidikan dan takaful pendidikan + perubatan untuk anak lelaki berumur 9 tahun 10 bulan dan jumlah simpanan sekiranya tempoh 10, 15 atau 20 tahun?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *