AIA Public Takaful – A-Life Lady 360-i

By | July 18, 2010

PENGENALAN

A-Life Lady360-i direka untuk memberikan perlindungan komprehensif bagi wanita sehingga umur 80 tahun. Pelan ini bukan sahaja memberi anda faedah Takaful, ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri pertama di pasaran yang direka khas untuk wanita.

MANFAAT PAMPASAN JIKA BERLAKU KEMATIAN

Jika berlaku kematian terhadap peserta takaful  sejumlah wang hasil dari manfaat pampasan kematian akan dihibahkan /diwariskan kepada waris yang telah dipilih oleh peserta sebelum kematiannya.

MANFAAT PAMPASAN HILANG UPAYA KEKAL

MAA Takafulink Wanita juga menyediakan tabung kecemasan jika peserta mengalami hilang upaya kekal. Wang dari dari tabung kecemasan ini boleh digunakan penyimpan untuk menampung kos sara hidup seharian apabila penyimpan tidak lagi berupaya untuk meneruskan kehidupan secara biasa.

PERLINDUNGAN KOMPREHENSIF KANSER WANITA

Pelan ini Melindungi anda dari kanser wanita peringkat awal dan seterusnya:

  • Karsinoma in situ wanita2 – Pembayaran sekaligus dengan nilai 50% daripada amaun perlindungan anda.
  • Kanser wanita3 – Pembayaran sekaligus bernilai 100% daripada amaun perlindungan anda atau nilai serahan, yang mana lebih tinggi.

Jika anda didiagnosis dengan kanser payudara, anda akan menerima 100% daripada amaun perlindungan. Anda akan menerima tambahan 30% secara automatik daripada amaun perlindungan anda untuk pembedahan rekonstruktif payudara. Anda juga akan menerima tambahan 30% daripada amaun perlindungan anda untuk pembuangan payudara. Secara keseluruhan, anda akan menerima pembaayaran balik berjumlah 160% daripada amaun perlindungan anda!

FAEDAH PENJAGAAN WANITA

Sekiranya mana-mana senario di bawah berlaku kepada anda, anda akan menerima pembayaran sekaligus sebanyak RM 5,000:

  • Komplikasi perubatan yang timbul akibat pembedahan kosmetik elektif.
  • Terapi penggantian hormon untuk menopaus.
  • Rawatan psikoterapi untuk gangguan keresahan atau gangguan kemurungan yang berpunca daripada peristiwa hidup yang traumatik, seperti didiagnosis dengan salah satu daripada 35 penyakit kritikalatau kematian pasangan atau anak.

FAEDAH KOMPLIKASI KEHAMILAN

Membayar 10% daripada amaun perlindungan kepada anda, bagi komplikasi berkaitan kehamilan yang dilindungi.

GANJARAN TUNAI

Memberi anda ganjaran tunai bagi peristiwa-peristiwa berikut:

  • Perkahwinan – Bayaran 3% daripada amaun perlindungan anda.
  • Kelahiran Anak – Bayaran 3% daripada amaun perlindungan anda.
  • Usia Emas (pada umur 55 tahun) – Bayaran sehingga 12% daripada amaun perlindungan anda.

BAYARAN MATANG

Apabila pelan anda matang ketika anda berumur 80 tahun, kami akan membayar anda 150% daripada jumlah perlindungan untuk meraikan peristiwa penting ini di dalam hidup anda.

PENGECUALIAN CUKAI

Peserta yang menyertai pelan ini akan mendapat dua jenis pengecualian cukai iaitu cukai insurans hayat dan juga insurans perubatan.

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PELAN INI, HUBUNGI 019-3781629 (AZIZI)


33 thoughts on “AIA Public Takaful – A-Life Lady 360-i

  1. Yana

    Sy berminat nak mohon untuk pelan wanita ni. mcm mana ye nak mohon?

    Reply
    1. Azizi Zulkefli Post author

      Sy dah balas pertanyaan puan menerusi emel puan. TQ.

      Reply
  2. honeey bieey

    boleh saya tau berapa ramai jumlah pencarum atau peserta yang mendaftar MAA takaful dari mula ia dd tubuhkan sehingga tahun 2010.. TQ

    Reply
    1. Azizi Zulkefli Post author

      Kalau sehingga tahun 2009, sejak ditubuhkan, lebih 80,000 peserta telah menyertai MAA Takaful. Data untuk 2010 tak keluar lagi

      Reply
  3. sabiroh

    sy nk tanya elaun pembedahan rm3k sekali seumur hidup @ mcmana? satu lagi soalan, klau bersalin @keguguran dilindungi insuran atau tidak?

    Reply
  4. bbfarda

    ada tak pelan takaful untuk perlindungan sekaligus termasuk isteri dan anak-anak..

    Reply
    1. Azizi Zulkefli Post author

      Maaf, semua pelan takaful adalah berdasarkan individu. Memang takda pakej utk satu famili.

      Reply
  5. Dzul

    -Salam pelan utk wife.tahun 2011 umur 32.budget minima + Medical Card brape yer.

    Reply
    1. Azizi Zulkefli Post author

      RM160 sebulan boleh lagi utk dapat pelan Takafulink wanita mcm di atas. Cuma simpanan akan kurang sikitla. Hubungi saya jika ingin mendaftar.

      Reply
  6. Norbaya Ma

    saya berumur 28 tahun dan berminat dengan takafullink wanita + medical card (smart medic)… bolehkah tuan memberikan penjelasan yang lebih terperinci berkaitan perbezaan maa takaful dengan maa annsurance beserta produk-produknya? dan sekiranya saya ingin menukarkan polisi maa ansurance kepada polisi maa takaful, bagaimanakah caranya ? mohon penerangan tuan 😉

    Reply
  7. Azizi Zulkefli Post author

    Salam,

    Secara umumnya, perbezaan utama antara produk-produk MAA Takaful dan MAA Assurance ialah produk MAA Takaful berlandaskan syariah manakala produk-produk MAA Assurance adalah produk konvensional. MAA Takaful dan MAA Assurance mempunyai dana-dana pelaburan tersendiri yang ditadbir secara berasingan memandangkan MAA Takaful dan MAA Assurance adalah syarikat yang berbeza.

    Dari segi produk, memang banyak beza dan kalau nak cerita satu persatu, terlalu panjang rasanya. Kalau produk wanita, kedua-dua MAA Takaful dan MAA Assurance pun ada produk ni. Cuma bezanya ialah dari segi di mana duit simpanan akan dilaburkan dan juga perbezaan dari segi caj takaful dan caj insurans yang dikenakan. Dari segi manfaat, agak sama sebenarnya.

    Tetapi dari segi perwarisan wang pampasan, MAA Takaful mempunyai instrumen hibah ynag tidak terdapat pada MAA Assurance. MAA Assurance ada borang penama sahaja untuk perwarisan wang pampasan di mana dari segi syarak, penama tidak berhak 100% kepada wang pampasan, ia wajib dibahagikan mengikut kaedah faraid kepada waris-waris yang layak. Manakala hibah pula tidak tertakluk kepada faraid. Penerima hibah akan berhak 100% terhadap wang pampasan yang telah dihibahkan kepadanya. Setakat hari ini, hanya MAA Takaful dan Takaful Ikhlas sahaja yang mempunyai instrumen hibah dalam perwarisan wang pampasan. Syarikat-syarikat lain sama ada takaful atau insurans masih menggunakan instrumen penama.

    Kalau saudari nak menyertai mana-mana pelan MAA Takaful, secara amnya tak perlu ditukar polisi MAA Assurance tu dan ia boleh dikekalkan. Tapi adalah disarankan untuk ditukar kepada pelan takaful memandangkan produk konvensional adalah haram disertai umat Islam berdasarkan majlis fatwa kebangsaan.

    Dari segi prosedur pertukaran, saudari perlu menamatkan dahulu polisi MAA Assurance dan sekiranya terdapat nilai simpanan, pihak MAA Assurance akan keluarkan cek kepada saudari. Saudari boleh pergi ke mana-mana cawangan MAA untuk tamatkan polisi tersebut, atau saudari boleh minta ejen saudari yang uruskan pendaftaran polisi tersebut untuk tamatkannya, atau saya sendiri boleh tolong tamatkan di HQ MAA Kuala Lumpur. Selepas tu saudari bolehlah mendaftara pelan MAA Takaful.

    Reply
    1. Azizi Zulkefli Post author

      Boleh emel saya no hp puan, nanti sy akan cari ejen di Muar yg boleh berjumpa puan. Sy akan minta ejen di Muar call puan.

      Reply
  8. Farhani

    Saya berminat nak tau lebih lanjut mengenai takafulink wanita. Untuk makluman, saya berumur 28 tahun. Buat masa ini saya menggunakan perkhidmatan medic card takaful etiqa, dan baru sekarang berpeluang untuk meninjau2 mengenai produk yang saya guna sekarang. Menyesal sebab tak ‘study’ dulu dan terus percaya pada agen..

    Reply
  9. Pingback: Perlindungan Usia Emas - Takafulink Wanita | Teralogies - Harta Pusaka & Takaful

  10. akak

    akak minat. boleh bg quotation utk akak? umur 46 (exclude maternity pls). tq.

    Reply
  11. yaniey

    Kalau macam saya umur 23 thn, medical card yg 200 campur takafulink wanita ni, dalam bajet rm150, sy boleh dapat coverage apa ye?

    Reply
  12. siti

    saya minat dengan plan takafulink wanita ni.. umur 24 thn, tidak merokok. ttg simpanan/pelaburan tu mcm mna ye? boleh diekluarkn bila2 ms, atau slps tempoh matang?

    Reply
    1. Azizi Zulkefli Post author

      Simpanan tak perlu tunggu matang, kalau dalam akaun dah ada RM1550, RM500 dah boleh keluarkan dan tinggalkan RM1000 dalam akaun untuk pastikan polisi masih berjalan.

      Reply
  13. iza

    sy berumur 26thn dn sdang mengandung anak k-2. sy nak tau jika sy ingin mengambil takafulink wanita. bolehkan sy ambil pembayaran paling min RM50 n d’bayar ikut cara p’tghan thn atau hujung thn? n bolehkah masa bsalin saya dilindungi dgn insuran ini? atau perlu menunggu anak no 3?

    Reply
  14. shaza bt baharuddin

    saya berminat nak ambil takafullink wanita … apakah perlunya ambil medical kad pula? umur 43 tahun … tolong hantar proposal , brp monthly kna bayar.. tq

    Reply
  15. qin

    Assalamualaikum…saya dah ada smart medic 100 dan jika saya nak tambah takafulink wanita, adakah berubah nilai yang harus dibayar? umur saya lani 31 (july 1981 masuk 32)..minta quotation ye.mekasih banyak2.

    Reply
  16. Shahrinaz

    boleh saya tahu apa kelebihannya dan berapa banayarannya utk saya berumur 31 tahun.

    terima kasih

    Reply
  17. shima

    Saya umur 26 tahun ni dan berminat dengan insuran ni.berapa monthly yg perlu sy bayar?

    Simpanan nya pulak berapa lama baru boleh ambik separuh samada brapa tahun kamu ttpkn atau tunggu smpai tempoh matang?
    Tq..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *