AIA Public Takaful – A Lifelink-i

By | October 19, 2010

A-LifeLink-i menyediakan perlindungan ke atas kematian sehingga umur 100 dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal(HUMK) sehingga umur 70. Terdapat pelbagai pilihan faedah tambahan untukmeningkatkan perlindungan perubatan, penyakit kritikal, kemalangan dan hilang upaya.
Pilihan dana-dana berkaitan pelaburan ditawarkan untuk memenuhi keperluan simpanan anda.

Akaun Peserta

Setiap peserta yang menyertai pelan A-Life Link i akan mempunyai dua jenis akaun:

  • Dana Pelaburan Peserta (DPP)  – Akaun ini juga dikenali sebagai akaun simpanan peserta di mana caruman yang dibayar oleh peserta akan dimasukkan ke dalam akaun ini selepas ditolak Yuran Wakalah. Yuran Wakalah dikenakan oleh pengendali takaful sebagai fee atau upah ejen peserta dalam menguruskan perniagaan takaful.
  • Dana Risiko Peserta (DRP) – DRP adalah dana risiko terkumpul di mana peserta membuat caruman berdasarkan tabarru’ (sumbangan) di mana manfaat kematian dan lain-lain manfaat yang dimiliki adalah berbayar dari dana akaun DRP ini. Caj risiko bulanan atau tabarru’ ini dikenakan melalui DPP kepada DRP.

Dana-dana A-Life Link i

Anda mempunyai pilihan untuk memilih mana-mana dana diluluskan Syariah yang sesuai dengan toleransi perlaburan dan risiko anda.

  1. A-Dana Income
  2. A-Dana Balanced
  3. A-Dana Equity

Jaminan Perlindungan Selama 5 Tahun

Pelan ini memberi jaminan perlindungan selama 5 tahun walaupun prestasi dana pelaburan mengalami kejatuhan, dengan syarat caruman dibayar secara berterusan.

Siapakah Yang Layak

Takafulink disediakan untuk SEMUA yang berusia antara 16 sehingga 70 tahun; walaubagaimanapun, para peserta mesti berusia sekurang-kurangnya 18tahun.

Caruman

Caruman minima adalah RM150 sebulan atau RM1800 setahun. Tiada nilai maksima bagi sumbangan. Lagi tinggi sumbangan anda lagi tinggi nilai perlindungan yang akan anda perolehi.

Apakah Pilihan Yang Disediakan

  • Anda boleh memberhentikan caruman lazim anda dan masih menikmati perlindungan Takafulink, selagi nilai Dana Perlaburan Peserta (DPP) untuk menyeleseaikan caj Dana Risiko Peserta (DRP) mencukupi.
  • Anda boleh membuat pengeluaran separa pada bila-bila masa, tertakluk kepada pengeluaran minimum berjumlah RM500 dan baki minimum sebanyak RM1000 dalam Dana Perlaburan Peserta (DPP).
  • Selain itu, anda juga boleh menambah perlaburan anda pada bila-bila masa dengan bayaran minimum sekali gus sebanyak RM1000.

Apakah Manfaat/Rider Lanjutan Yang Boleh Disertakan

Terdapat rangkaian meluas bagi manfaat lanjutan untuk disertakan bersaman Takafulink. Sila rujuk kepada konsultan anda bagi maklumat lanjut.

Pelepasan Cukai Pendapatan

Caruman dibayar untuk pelan ini boleh melayakkan anda mendapat pelepasan cukai peribadi. Pelepasan cukai peribadi ini adalah sehingga RM6,000 bagi caruman insuran tahunan dan EPF, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Lebihan Akaun Pelaburan Peserta (PRIA)

Sekiranya terdapat sebarang lebihan bersih di dalam Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA), nilai yang sama akan dikongsi oleh para peserta dan pengendali takaful mengikut nisbah 50:50.

KESIMPULAN

Bagi mereka yang menginginkan pelan perlindungan di samping membuat simpanan dan pelaburan, ini adalah pelan yang tepat untuk anda. Hubungi saya hari ini untuk maklumat lanjut.

9 thoughts on “AIA Public Takaful – A Lifelink-i

  1. azlan

    jika saya caruman rm 80 sebulan.boleh en terangkan lebih detail apa faedah saya dapat dengan takafulink
    umo saya 25 tahun

    Reply
  2. Zul

    Assalam, saya nak tanyer, kalo saya carum RM50 per bulan dlm 3 buln(RM150), lepas tu saya tambah caruman jadi setiap bulan RM100. jadi perlindungan/pampasan yg kita dapat mengikut caruman yg lama atau yg baru?

    Reply
  3. Azizi Zulkefli Post author

    Kalau tambah caruman, manfaat perlindungan/pampasan pun akan bertambah juga. Atau dalam makna kata lain ikut caruman yang baru

    Reply
  4. muhammad ar

    Berapakah komisen jika jadi agen/konsultan takafulink hajj? TQ

    Reply
    1. Azizi Zulkefli Post author

      25% tuan, standart untuk mana2 pelan takafulink dari mana2 syarikat takaful

      Reply
  5. safwan

    Assalamualaikum tuan, kalau saya carum permulaan sebanyak RM 50, berapa perlindungan yang saya dapat ye? contohnya perlindungan hilang upaya kekal, dan sebagainya, terima kasih tuan

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *