AIA Public Takaful – A-SME Platinum-i Kad Perubatan Syarikat (Medical Card Company)

By | November 16, 2011

Pengenalan

A-SME Platinum-i direka bagi menguruskan pelan faedah pekerja dalam perusahaan kecil dan
sederhana; terutamanya untuk 5-150 orang pekerja. Ia adalah pusat bagi semua keperluan faedah pekerja anda, menyediakan perlindungan maksimum untuk keadaan yang tidak dijangka seperti kematian/kehilangan upaya, Penyakit Kritikal dan kos perubatan yang semakin meningkat.

Manfaat A-SME Platinum-i

Faedah Kemasukan Hospital

Lindungi para pekerja anda dengan menyediakan pelan lengkap kemasukan hospital. Dengan pelan ini, mereka dijamin perlindungan perubatan yang mencukupi di masa ianya diperlukan. Terdapat 6 pelan yang menarik dengan had-had keseluruhan tahunan dari RM 20,000 hingga ke RM 200,000. Ia memberikan anda pilihan untuk menyediakan pelan yang paling sesuai dengan pekerja anda. Anda juga mempunyai pilihan untuk menyediakan perlindungan kemasukan ke hospital untuk tanggungan pekerja.

Faedah Asas Takaful Bertempoh Berkumpulan (GTT):

  1. Faedah Takaful
    Faedah ini menyediakan perlindungan kewangan kepada pekerja anda sekira berlakunya kematian yang tidak dijangka. Syarikat yang mempunyai bilangan pekerja di antara 11-150 orang akan diberi Had Tanpa Bukti sebanyak RM 200,000 tanpa perlu melengkapkan Borang Perakuan Kesihatan Peribadi (Borang C).
  2. Kehilangan Upaya Kekal Menyeluruh
    Sekiranya pekerja kehilangan upaya disebabkan oleh kecederaan atau penyakit, bayaran ganti rugi daripada faedah ini akan mengurangkan beban kewangan yang ditanggung pada masa tersebut.
  3. Kehilangan Upaya Kekal Sebahagian
    Ganti rugi akan dibayar mengikut Skala Pampasan seperti yang dinyatakan di bawah Jadual Faedah sekiranya berlaku kehilangan upaya kekal sebahagian yang disebabkan oleh penyakit atau kemalangan.
  4. Penyakit Terminal
    Pampasan akan dibayar sekiranya pekerja meninggal dunia disebabkan oleh Penyakit Terminal yang dihidapi dalam tempoh masa 12 bulan.
  5. Perbelanjaan Penghantaran Pulang
    Meliputi perbelanjaan untuk pengangkutan jenazah balik ke Negara Asal jika kematian berlaku semasa Ahli yang Dilindungi berada di luar Malaysia.

Penjagaan Pesakit Luar

Rider ini menyediakan 2 pilihan untuk perlindungan perubatan pesakit luar bagi kedua-dua Klinik Panel GP dan Pakar. Dengan menyertai rider ini, pekerja anda (dan tanggungannya, jika ada) akan menerima kemudahan bagi kemasukan ke penjagaan perubatan pesakit luar yang berkualiti. Berserta dengan pelan kemasukan ke hospital, pekerja anda akan menikmati perlindungan penjagaan kesihatan yang komprehensif.

Penyakit Kritikal

Penyakit yang serius boleh menyebabkan kesulitan kewangan. Dengan diagnosis Penyakit Kritikal, ganti rugi akan dibayar. Ini akan membantu mengurangkan beban kewangan.

Saringan Eksekutif

Sekarang anda mempunyai peluang untuk menyediakan faedah tambahan tahunan kepada pekerja anda. Penyaringan kesihatan ini merupakan langkah pencegahan, menyediakan maklumat perubatan yang munasabah untuk fokus terbaik bagi kesihatan.

Rangkaian Perubatan

Nikmati sokongan perubatan yang meluas daripada rangkaian klinik panel GP kami, yang strategik di seluruh negara. Rangkaian kami yang meluas, menawarkan akses mudah, pelbagai pilihan dan keselesaan. Rangkaian perubatan kami juga merangkumi semua hospital besar di seluruh negara.

Pusat Panggilan 24 Jam

Bagi pelanggan kami yang telah mendaftar dengan Faedah Hospital beserta dengan pilihan Surat Jaminan (SJ), sila hubungi Careline kami di 1300 88 8933, jika anda memerlukan SJ untuk kemasukan hospital.

Pemindahan Perubatan Kecemasan

Meliputi Ahli yang Dilindungi semasa dalam perjalanan ke luar negara. Jika berlaku apa-apa kecederaan serius atau penyakit di luar negara, AIA Services (AIAS) boleh menguruskan dan membayar untuk Pemindahan Perubatan Kecemasan, yang meliputi pengangkutan, perkhidmatan perubatan dan bekalan perubatan perbelanjaan, ke kemudahan perubatan yang terdekat.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PELAN INI, HUBUNGI 019-3781629 (AZIZI) 

6 thoughts on “AIA Public Takaful – A-SME Platinum-i Kad Perubatan Syarikat (Medical Card Company)

  1. Sazali

    Salam,

    Saya berminat untuk mendapatkan kad perubatan ini untuk kakitangan syarikat saya berjumlah 10 orang. Boleh berikan sebut harga. Terima kasih.

    Reply
  2. firdaus

    salam, Tuan…saya agen MAA Takaful…saya berminat nak tau tentang kad perubatan syarikat…Boleh tuan bagi penerangan tentang kad tersebut?

    Reply
    1. Azizi Zulkefli Post author

      Kad ini sama macam kalau kita daftarkan untuk individu, cuma bezanya jika syarikat yang nak ambil, syarikat akan jadi peserta dan kakitangan akan jadi orang yang dilindungi, serta caruman perlu ditambah 6% cukai perkhidmatan kerajaan.

      Reply
  3. Amin

    saya berminat utk mengetahui kad perubatan syarikat, boleh tuan jelas kan dgn lebh terperinci t kasih

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *