Kepada yang masih lagi tercari-cari pelan takaful yang sesuai dengan keperluan anda, saya sarankan anda untuk membaca buku karangan Sunthara Segar berkenaan panduan mengurus insurans hayat. Walaupun buku ini secara umumnya berkisar kepada insurans, tetapi isi dan penerangannya juga sesuai untuk produk-produk takaful yang berada di pasaran. Ini kerana dari segi konsep dan produk, takaful dan insurans konvensional tidak banyak berbeza.
Buku ini akan memberi panduan dan tips bagaimana untuk memastikan pelan takaful atau insurans benar-benar memenuhi keperluan anda. Pengarang telah menerangkan bagaimana untuk mengira jumlah pendapatan kita yang harus dilindungi dan berapa jumlah perlindungan yang perlu kita miliki menerusi insurans atau takaful.
Buku ini juga menerangkan jenis-jenis insurans yang terdapat di pasaran termasuklah insurans perubatan dan juga manfaat-manfaat tambahan yang boleh didapati menerusi pelan-pelan insurans dan takaful.
Bahasa yang digunakan adalah mudah difahami dan saya sarankan kepada semua untuk memilki buku yang cukup berbaloi ini. Di bawah adalah senarai bab yang terkandung dalam buku ini:
Bab 1: Lapan Golongan Sasaran
Bab 2: Insurans dan Kitar Hidup Manusia
Bab3: Cara Kiraan Jumlah Perlindungan Asas yang Diperlukan
Bab 4: Insurans Perubatan
Bab 5: Insurans Khusus untuk Wanita
Bab 6: Waktu Menamatkan Insurans
Bab 7: Insurans Tradisi dan Insurans Berkaitan Pelaburan
Bab 8: Cara Menilai Sebut Harga Pelan Insurans
Bab 9: Insurans Sebagai Dana Pendidikan Juvenil
Bab 10: Insurans Sebagai Dana Pesaraan
Bab 11: Cara Memilih Insurans Pinjaman Perumahan
Bab 12: Perkara-perkara Penting dalam Polisi Insurans
Bab 13: Cara Memantau Semua Program Insurans Hayat
Bab 14: Cara Penamaan yang Betul
Bab 15: Memahami Prosedur Tuntutan
Bab 16: Cara Membuat Aduan Berkenaan Insurans
Bab 17: Manfaat Insurans Hayat pada Cukai Pendapatan
Bab 18: Kes-kes Kajian
Bab 19: Panduan Memilih Penasihat Insurans
Lampiran 1: Jadual Faktor Nilai akan Datang
Lampiran 2: Jadual Faktor Nilai akan Datang Anuiti
Lampiran 3: Jadual Faktor Nilai Masa Kini Anuiti
Lampiran 4: Penerangan Penyakit Kritikal atau Berbahaya
Lampiran 5: Mekanisme Insurans Berkaitan Pelaburan
Lampiran 6: Reka bentuk Portfolio Dana Insurans Berkaitan Pelaburan
Lampiran 7: Strategi Menyimpan dalam Insurans
Lampiran 8: Klausa penting dalam Kontrak Polisi Hayat Biasa
Lampiran 9: Klausa Penting dalam Kontrak Polisi Berkaitan Pelaburan
Lampiran 10: Peruntukan Premium, Yuran dan Caj Polisi Berkaitan Pelaburan
Lampiran 11: Klausa Penting dalam Kontrak Polisi Perubatan
Jika dilihat dari bab yang diterangkan kira bermanfaat juga tapi kalau yang kurang berpengetahuan tentang bidang ini agar sukar juga memahaminya. Tapi sebagai pengetahuan baik juga jika dibaca…supaya x ketinggalan…
.-= Muhd Suhaily´s last blog ..Tip ringkas menjalankan ‘Events’ =-.
Sebenarnya buku ni mmg sesuai untuk dibaca oleh semua. Bahasanya pun mudah dan senang nak faham.
baru tau ada jugak wujud buku macam ni… nak bookmark…
satu judul buka yang baik ni. tak sangka plk ada book ni jual kat pasaran Malaysia
Terima kasih kepada Tuan Azizi kerana review buku saya ini. Buat pengetahuan semua saya juga menulis 5 buku lagi berkaitan kewangan peribadi, boleh semak di Google Books dulu di blog saya http://www.suntharasegar.com
Kepada Tuan Mohd Suhaily, saya menulis buku ini dari pengumpulan pelbagai soalan yang dikemukakan oleh pelanggan semasa saya bekerja dalam bidang insurans dahulu. Jadi ia memang disasarkan kepada orang ramai. Gaya bahasa dan istilah mengikut tetapan penerbit PTS iaitu indeks bacaan mesti rendah atau boleh difahami minima SPM.
Sunthara Segar
Sama2 Tuan Sunthara. Terima kasih juga kerana sudi singgah di blog sy. Satu penghormatan buat saya.