PENGENALAN
Kepada yang sibuk dan tidak mempunyai masa untuk membuat temujanji untuk mendaftar permohonan takaful, saya melalui laman blog Teralogies secara rasmi menawarkan perkhidmatan pendaftaran takaful secara online. Pendaftaran ini terbuka kepada semua penduduk di seluruh Malaysia.
Sebelum ini saya telahpun mengendalikan beberapa permohonan takaful secara online sejak MAA Takaful memperkenalkan e-application untuk proses pendaftaran takaful. Terbukti proses permohonan secara online lebih cepat diproses dan mendapat kelulusan lebih pantas. Ada beberapa permohonan telah diluluskan hanya selepas 3 hari permohonan dihantar secara online. Antara pelanggan-pelanggan saya yang telah menggunakan proses pendaftaran secara online ini adalah dari negeri-negeri yang jauh dari Lembah Klang seperti Pahang, Johor dan Pulau Pinang.
Klik Baca Lagi untuk proses pendaftaran
PROSES PENDAFTARAN
1. Emel kepada [email protected] ATAU [email protected] atau sms 019-3781629 kepada saya butiran berikut untuk mendapatkan sebut harga:
- NAMA
- UMUR TERAKHIR
- NOMBOR TELEFON
- E-MEL
- JANTINA
- MEROKOK ATAU TIDAK
- PERNAH MENGHIDAP SEBARANG PENYAKIT KRITIKAL?
- BAJET BULANAN
- PELAN TAKAFUL (TAKAFULINK / MEDICAL CARD) rujuk contoh pelan takaful di sini
ATAU lengkapkan borang di bawah:
[contact-form 2 “Untitled”]
2. Saya akan menghantar sebut harga yang diminta. Jika bersetuju dengan sebut harga yang diberi, boleh teruskan dengan langkah seterusnya. Jika tidak berpuas hati, boleh minta kepada saya untuk membuat pindaan sehingga anda berpuas hati.
3. Jika anda telah bersetuju dengan sebut harga yang diberi, saya akan e-mel borang maklumat pelanggan yang perlu diisi oleh pelanggan dan jumlah bayaran yang perlu dibuat. Bayaran boleh dibuat ke akaun-akaun berikut:
- Maybank (155023296004) AHMAD AZIZI BIN ZULKEFLI
- CIMB (05110000267206) AHMAD AZIZI BIN ZULKEFLI
4. Setelah maklumat pelanggan siap diisi, emel atau sms kepada saya berserta maklumat pembayaran:
- Bank
- Masa
- Jumlah pembayaran
5. Setelah semua maklumat pelanggan dan pembayaran diterima, saya akan terus mendaftarkan permohonan pelanggan serta merta dan bayaran akan dibuat terus kepada MAA Takaful Berhad. Setelah permohonan pendaftaran berjaya dihantar, saya akan emel salinan borang permohonan dan nombor permohonan untuk rujukan.
Ketika ini, permohonan pelanggan akan mula diproses dan boleh diluluskan oleh pihak MAA Takaful walaupun borang akuan permohonan belum dihantar.
Contoh salinan borang permohonan yang akan diemel kepada pemohon takaful
6. Setelah permohonan dihantar, saya akan pos borang akuan permohonan untuk ditandatangani pelanggan melalui pos ekspres. Saya akan sertakan sekali dengan satu sampul ekspres kosong untuk pelanggan poskan kembali borang yang telah siap ditandatangani kepada saya.
7. Setelah saya menerima borang akuan permohonan dari pelanggan, saya akan terus hantar borang tersebut kepada pihak MAA Takaful untuk diproses. Selepas permohonan diluluskan, pelanggan akan terus mendapat perlindungan takaful walaupun polisi atau kad perubatan belum dierima.
8. Jika permohonan anda diluluskan, saya akan maklumkan kepada pelanggan melalui emel atau sms. Kad perubatan dan polisi biasanya akan dikeluarkan selepas 7-14 hari dari tarikh permohonan diluluskan.
9. Kad perubatan atau polisi takaful yang telah dikeluarkan akan diposkan terus ke alamat surat menyurat pelanggan. Satu borang akuan penerimaan akan disertakan sekali untuk diisi pelanggan.
10. Borang akuan penerimaan polisi akan diposkan kembali kepada saya oleh pelanggan.
JAMINAN
Saya memberi jaminan setiap maklumat pelanggan adalah rahsia dan setiap urusan terutama yang melibatkan wang akan dilakukan secara professional dan amanah.
Pingback: Kad Perubatan (Smart Medic 100 Medical Card) MAA Takaful | Teralogies - Inovatif, Kreatif, Kritis
Pingback: MAA Takafulink | Teralogies - Inovatif, Kreatif, Kritis
Terima kasih Encik sbb adakan pendaftaran online ni. Memudahkan saya nak apply medical card walaupun saya duduk di Johor. Medical card saya dah dapat.
Terima kasih kembali. nanti ada apa2 masalah call sy.
mengalami keretakan tulang belakang sejak 22 tahun lalu dan tidak pernah mendapatkan rawatan secara intensif dari hospital hanya berubat tradisional bila sakit berulang. berusia 40 tahun. agak2nya kalau mohon hanya membuang masa atau masih boleh dipertimbangkan?
ada baca maklumat diatas.. apa yg dimaksudkan sebut harga dan kenapa ianya boleh dibawa berbincang? bukan ke stiap polisi insuran telah ditetapkan kadar sumbangannya mengikut plan yg diberi? dan jika dilihat sumbangan tahunan ini akan meningkat bila umur turut meningkat… betulkan?
Smartmedic 100 ini mmg 100% islamik?
sakhibullah sukor: 100% Islamik tuan. Produk takaful.
saja tgk2…
Dah lama saya nk buat medical card tp x masa nak cari agent atau pegi pejabat insurans..syabas tuan adakan website camni..memudahkanurusan…