Hieraki Pengurusan Kewangan

By | June 18, 2010

Di atas adalah contoh bagaimana kita menetapkan prioriti dalam pengurusan kewangan. Tiada sebarang paksaan untuk mengikut bulat-bulat apa yang ditunjukkan di atas kerana ia hanyalah sekadar panduan untuk kita lebih bijak dalam menguruskan kewangan kita.

Mungkin ada yang bertanya kenapa perlindungan berada di peringkat yang pertama dan bukannya simpanan di tempat yang pertama. Bukankah kita diajar untuk membuat simpanan atau menabung sejak dari kecil untuk kebaikan masa depan? Jawapan bagi persoalan-persoalan ini adalah Betul dan juga salah.

Betul, simpanan atau tabungan adalah untuk masa hadapan, tetapi wang simpanan akan habis digunakan atau tidak dapat dimanfaat sepenuhnya jika tidak diurus dengan betul. Kenapa? Jawapannya ada pada peringkat  yang pertama.

Pada peringkat yang pertama dalam kita menguruskan kewangan, kita harus pastikan pendapatan hasil dari gaji bulanan dan sebagainya dilindungi agar jika berlaku sebarang musibah seperti kematian, hilang upaya dan sakit, kita mempunyai dana khas bagi menggantikan duit hasil dari pendapatan tersebut.

Dari segi perlindungan hutang pula, kita tidak seharusnya meninggalkan beban kepada waris atau kaum keluarga kita apabila berlaku sesuatu kepada kita terutamanya jika berlaku kematian. Satu dana khas diperlukan untuk melangsaikan hutang-piutang tersebut.

Perlindungan kesihatan merujuk kepada dana khas bagi menampung bil-bil perubatan jika kita mengalami sebarang penyakit.

Persoalannya, dari mana dana-dana di atas ingin diperolehi? Bolehkan jika kita menggunakan dana persaraan untuk menampung keperluan dana kesihatan, hutang dan perlindungan pendapatan? Bagaimana pula dengan hari tua kita jika ke semua simpanan persaraan kita digunakan untuk membiayai perbelanjaan perubatan? Begitu juga kalau kita gunakan simpanan kecemasan kita. Adakah mencukupi untuk menampung keperluan perlindungan-perlindungan yang saya sebutkan tadi?

Persoalan-persoalan di atas menggambarkan kepada kita bahawa wang simpanan bukanlah sumber dana untuk kita melindungi pendapatan, hutang dan juga kesihatan. Wang simpanan adalah untuk tujuan-tujuan yang khusus seperti simpanan pendidikan, perkahwinan dan persaraan.  Namun bagi tujuan perlindungan, dana tersebut mestilah datang dari pihak lain.

Di sini, sistem takaful akan mengambil peranan sebagai penyumbang dana untuk tujuan perlindungan. Dalam sistem takaful, peserta akan menyumbang kepada tabung risiko peserta-peserta takaful di mana jika salah seorang peserta ditimpa musibah, peserta-peserta yang lain akan sama-sama menyumbang hasil dari tabung tersebut kepada peserta yang ditimpa musibah tadi. Ini cantiknya sistem takaful yang ada pada hari ini.

Berbalik kepada soal perlindungan dan simpanan tadi, perlindungan perlu ditempatkan pada peringkat pertama bagi melindungi kita dari sebarang musibah. Apabila kita sudah bersedia dengan semua perlindungan yang diperlukan, maka simpanan bolehlah dimulakan. Jika simpanan telahpun dimulakan sebelum ini, insyaAllah, jika berlaku apa-apa kepada penyimpan, wang simpanan tersebut akan terus terpelihara dan dapat digunakan untuk tujuan sepatutnya.

Jadi hari ini, mungkin kita boleh merubah persepsi dan cara kita menguruskan kewangan. Ambillah perlindungan dengan segera sebelum terlambat.

8 thoughts on “Hieraki Pengurusan Kewangan

  1. suri

    benar tu klu simpanan byk2 mesti suatu hari klak kita akn klurkan dia juga.baik kita laburkan ke pd kebaiakn.pasti hasilnya akan berbaloi..hehee

    Reply
  2. Farid

    Salam, satu idea untuk dikongsi. Boleh dipecahkan piramid di atas lagi kepada beberapa segmen. Aras perlindungan boleh pecah 3: Health, Assets, Income. Aras simpanan boleh pecah 3: Lifestyle, Education, Retirement. Aras paling tinggi ialah investment. 🙂 Inilah 7 fungsi yang ada pada takaful/insurans

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *