Baru baru ini kita dikejutkan dengan kejadian kemalangan yang begitu trajis pada tarikh keramat 10.10.10. Kemalangan tersebut telah mengorbankan 12 orang dan ramai yang cedera.
Rasanya tiada di kalangan mangsa yang terlintas di fikiran yang mereka akan menjadi mangsa kemalangan pada hari tersebut. Nama pun kemalangan, bukannya boleh dijangka dan diramal. Kemalangan boleh berlaku akibat kecuaian kita sendiri dan juga hasil kecuaian orang lain. Ini bermakna, tiada siapa yang terlepas dari musibah kemalangan jalan raya ini.
Saya sendiri pernah terlibat dalam beberapa kemalangan kecil semasa memandu dan semasa menunggang motosikal. Pada dasarnya kemalangan tersebut bukanlah kerana kelalaian saya tetapi akibat sikap pemandu lain yang tidak mengambil kisah pemandu atau penunggang lain yang ada di jalan raya.
Kemalangan boleh mengakibatkan kematian segera. Manusia boleh hilang nyawa sekelip mata akibat kemalangan. Anak boleh kehilangan bapa, isteri boleh kehilangan suami dan seterusnya. Persoalannya sekarang adakah kita sudah bersedia untuk kehilangan orang tersayang dan pernahkah kita bersedia untuk meninggalkan sesuatu yang bermanfaat buat keluarga tersayang jika berlaku kematian segera ini?
Di sinilah perlindungan takaful mengambil tempat. Sistem takaful mampu meringankan beban keluarga yang ditinggalkan terutama yang kehilangan nyawa itu adalah seorang ketua keluarga. Wang hasil dari pampasan takaful akan dapat mengurangkan beban keluarga untuk meneruskan kehidupan.
Kita bukan minta untuk mati, tapi kita diingatkan untuk sentiasa mengingati mati. Buatlah persediaan yang cukup dengan meninggalkan sesuatu yang bermanfaat untuk keluarga. Hubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma.