Ulasan Ringkas – Buku Rancang Wang Dari Sekarang oleh Pakdi

Kepada Tuan Pakdi, saya telah pun berjaya mendapatkan buku tuan dari MPH 1Utama. Agak lama juga masa yang saya perlukan untuk menghabiskan buku setebal 159 muka surat ini. Masa yang lama bukan disebabkan buku tu tebal, tetapi saya bacanya dari bab ke bab. Habis baca satu bab, saya tutup buku ini untuk beberapa hari dan kemudian saya buka balik untuk membaca bab yang seterusnya.

Apa yang saya boleh katakan ialah buku ini disusun dengan baik sekali dari segi asas perancangan kewangan. Ianya mudah difahami dan dapat dijadikan sebagai rujukan asas perancangan kewangan terutama kepada mereka yang baru memulakan kerjaya. Buku ini dimulakan dengan perbincangan mengenai harta dan Islam sehinggalah ke bab pelaburan saham dan hartanah. Antara lain, buku ini juga menyentuh kepada keperluan mendapatkan perlindungan takaful, perancangan perbelanjaan dan juga perbincangan mengenai hutang. Continue reading

Teralogies – Harta Pusaka & Takaful

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, saya telah berjaya menyiapkan proses kemaskini laman Teralogies ini. Antara perubahan ketara pada laman ini ialah tema dan susun atur laman web. Saya juga telah menukar ‘tag line’ laman ini kepada ‘Teralogies – Harta Pusaka & Takaful’. Ini bertujuan bagi memfokuskan laman ini kepada hal ehwal berkaitan harta pusaka dan takaful sahaja.

Akan datang saya akan mula menerbitkan artikel-artikel berkaitan harta pusaka bagi berkongsi tentang kepentingan pengurusan harta pusaka. Saya juga akan menawarkan khidmat pengurusan harta pusaka melalui syarikat Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd yang akan saya umumkan secara rasmi dalam tempoh terdekat. Dengan penawaran perkhidmatan berkaitan harta pusaka ini, saya berharap laman Teralogies ini akan menjadi pusat sehenti bagi mereka yang memerlukan perkhidmatan-perkhidmatan berkaitan harta pusaka dan takaful.

Kepada yang sebelum ini melawat laman ini bagi mendapatkan artikel-artikel berkaitan harta intelek dan teknologi, mulai Januari 2011, ke semua artikel-artikel ini akan dipindahkan ke laman web yang baru iaitu www.zeralogies.com. Laman Zeralogies ini sudahpun boleh diakses ketika ini tetapi masih diperingkat pembangunan. Tujuan saya memindahkan artikel-artikel ini bagi membolehkan laman Teralogies fokus kepada hal-ehwal berkaitan harta pusaka dan takaful dan laman Zeralogies fokus kepada harta intelek dan teknologi.

Sebarang pendapat dan cadangan bagi menambah baik laman ini amatlah dialu-alukan.

Terima kasih kepada semua.

Kemaskini Blog

KEPADA SEMUA PEMBACA LAMAN TERALOGIES, LAMAN INI SEDANG DIKEMASKINI DARI SEGI TEMA DAN JUGA KANDUNGAN UNTUK BEBERAPA HARI INI. ANDA MUNGKIN AKAN MENGALAMI SEDIKIT GANGGUAN SEMASA MELAYARI LAMAN INI. SAYA TIDAK TERFIKIR UNTUK MENUTUP TERUS LAMAN INI KETIKA PROSES KEMASKINI UNTUK MEMASTIKAN MAKLUMAT-MAKLUMAT DARI LAMAN INI AKAN SENTIASA DAPAT DIAKSES SEPANJANG MASA

SEBARANG KESULITAN HARAP DIMAAFI

Apa yang anda perlu tahu tentang sebut harga takaful?

Setiap minggu saya biasanya mendapat 2-3 emel meminta saya menghantar sebut harga takaful kepada mereka. Ada yang menghantar emel secara umum bertanyakan apa pelan yang sesuai dan ada juga yang spesifik meminta pelan-pelan tertentu seperti pelan wanita dan pendidikan. Saya untuk tidak menghampakan akan membalas semua permintaan walaupun pada dasarnya majoriti akan terus tidak memberikan sebarang respon selepas saya menghantar sebut harga permintaan mereka. Ataupun mereka sedang ‘survey’ mana syarikat atau ejen takaful yang boleh berikan perlindungan terbaik kepada mereka.

Cuma kadang-kadang saya tertanya juga adakah mereka faham dengan sebut harga yang saya berikan. Dulu masa sebelum saya menjadi ejen, pengetahuan mengenai insurans atau takaful hampir kosong dan saya hanya mengangguk sahaja apa yang dikatakan oleh ejen-ejen takaful yang pernah dekati saya masa dulu. Continue reading

AIA Public Takaful – A-Life Cancer360-i

Pengenalan

“Tak mungkin saya menghidap kanser.” Inilah perkara yang mungkin terlintas dalam hati apabila kita memikirkan tentang kanser. Malangnya, dalam dunia hari ini, tiada siapa yang boleh bersikap terlalu yakin bahawa mereka boleh mencegah penyakit memudaratkan ini. Namun, dengan kemajuan perubatan yang sedia ada, kebanyakan kanser boleh dikesan di peringkat awal dan berjaya dirawat.

Kanser ialah sejenis penyakit yang tidak memilih bulu. Penyakit ini tidak peduli badan siapa yang diserangnya. Sel kanser hidup semata-mata untuk memenuhi matlamatnya sendiri untuk membiak. Kanser langsung tidak menunjukkan belas kasihan dalam usahanya untuk mengambil alih badan perumah sehingga tubuh yang dihuninya tidak lagi wujud.

Continue reading

AIA Public Takaful – A Lifelink-i

A-LifeLink-i menyediakan perlindungan ke atas kematian sehingga umur 100 dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal(HUMK) sehingga umur 70. Terdapat pelbagai pilihan faedah tambahan untukmeningkatkan perlindungan perubatan, penyakit kritikal, kemalangan dan hilang upaya.
Pilihan dana-dana berkaitan pelaburan ditawarkan untuk memenuhi keperluan simpanan anda.

Akaun Peserta

Setiap peserta yang menyertai pelan A-Life Link i akan mempunyai dua jenis akaun:

  • Dana Pelaburan Peserta (DPP)  – Akaun ini juga dikenali sebagai akaun simpanan peserta di mana caruman yang dibayar oleh peserta akan dimasukkan ke dalam akaun ini selepas ditolak Yuran Wakalah. Yuran Wakalah dikenakan oleh pengendali takaful sebagai fee atau upah ejen peserta dalam menguruskan perniagaan takaful.
  • Dana Risiko Peserta (DRP) – DRP adalah dana risiko terkumpul di mana peserta membuat caruman berdasarkan tabarru’ (sumbangan) di mana manfaat kematian dan lain-lain manfaat yang dimiliki adalah berbayar dari dana akaun DRP ini. Caj risiko bulanan atau tabarru’ ini dikenakan melalui DPP kepada DRP.

Continue reading

Kemalangan – Satu Ancaman di Malaysia

Baru baru ini kita dikejutkan dengan kejadian kemalangan yang begitu trajis pada tarikh keramat 10.10.10.  Kemalangan tersebut telah mengorbankan 12 orang dan ramai yang cedera.

Rasanya tiada di kalangan mangsa yang terlintas di fikiran yang mereka akan menjadi mangsa kemalangan pada hari tersebut. Nama pun kemalangan, bukannya boleh dijangka dan diramal. Kemalangan boleh berlaku akibat kecuaian kita sendiri dan juga hasil kecuaian orang lain. Ini bermakna, tiada siapa yang terlepas dari musibah kemalangan jalan raya ini.

Saya sendiri pernah terlibat dalam beberapa kemalangan kecil semasa memandu dan semasa menunggang motosikal. Pada dasarnya kemalangan tersebut bukanlah kerana kelalaian saya tetapi akibat sikap pemandu lain yang tidak mengambil kisah pemandu atau penunggang lain yang ada di jalan raya.

Kemalangan boleh mengakibatkan kematian segera. Manusia boleh hilang nyawa sekelip mata akibat kemalangan. Anak boleh kehilangan bapa, isteri boleh kehilangan suami dan seterusnya. Persoalannya sekarang adakah kita sudah bersedia untuk kehilangan orang tersayang dan pernahkah kita bersedia untuk meninggalkan sesuatu yang bermanfaat buat keluarga tersayang jika berlaku kematian segera ini?

Di sinilah perlindungan takaful mengambil tempat.  Sistem takaful mampu meringankan beban keluarga yang ditinggalkan terutama yang kehilangan nyawa itu adalah seorang ketua keluarga. Wang hasil dari pampasan takaful akan dapat mengurangkan beban keluarga untuk meneruskan kehidupan.

Kita bukan minta untuk mati, tapi kita diingatkan untuk sentiasa mengingati mati. Buatlah persediaan yang cukup dengan meninggalkan sesuatu yang bermanfaat untuk keluarga. Hubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma.