PELAN HIBAH & INFAQ TAKAFUL 2020

By | January 1, 2020

PENGENALAN

Program Hibah & Infaq Takaful (HIT) adalah program yang menggabungkan dua amalan pembahagian harta, iaitu hibah kepada ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang dihajatkan dan infaq kepada badan-badan kebajikan, NGO, sekolah tahfiz, rumah anak yatim dan sebagainya. Pelan ini memberi peluang kepada umat Islam untuk membuat kebajikan walaupun sudah meninggal dunia dalam masa yang sama meninggalkan harta untuk kebajikan keluarga. Program ini adalah patuh syariah dan diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.

APA ITU HIBAH & INFAQ?

Hibah merupakan satu bentuk pemberian atau hadiah daripada seseorang kepada seseorang yang lain. Hibah di dalam konsep takaful dikenali sebagai hibah bersyarat di mana hibah akan dilaksanakan apabila peserta takaful telah meninggal dunia. Hibah tidak tertakluk kepada pembahagian secara faraid dan penerima hibah akan mendapat manfaat sepenuhnya wang pampasan yang dihibahkan kepadanya.

Infaq pula adalah membelanjakan harta ke jalan Allah seperti  derma kepada pertubuhan kebajikan dan orang perseorangan, membantu program dakwah, bersedekah atas nama kemanusiaan dan sebagainya.

SENARIO SEMASA

Umat Islam di Malaysia sinonim dikaitkan kemurahan hati untuk menderma dan bersedekah apabila diminta atau memberi secara ikhlas hati. Derma dan sedekah ini amat membantu dalam meringankan beban pelbagai pihak sama ada individu seperti anak yatim dan institusi seperti pusat tahfiz dan sebagainya.

Namun bergitu, derma dan sedekah ini biasanya dibuat secara sekali atau “one off” dan dibuat dalam amaun yang kecil mengikut kemampuan. Dan apabila penderma meninggal dunia, sedekah dan derma ini biasanya akan terhenti,. Begitu juga terhentinya sumber pendapatan keluarga apabila ketua keluarga meninggal dunia, keluarga terpaksa menunggu pembahagian harta pusaka mengikut faraid yang memakan masa dan kos.

SENARIO DENGAN PROGRAM HIBAH INFAQ

Program Hibah Infaq ini dirangka bagi menggabungkan dua amalan pemberian iaitu hibah kepada ahli keluarga dan infaq kepada mana-mana badan atau institusi di dalam satu program yang bersistematik. Peserta program akan dapat meneruskan amalan bersedekah walaupun sudah meninggal dunia dan dalam masa yang sama meninggalkan dana hibah untuk kebajikan keluarga yang ditinggalkan, tanpa keluarga perlu menunggu pembahagian harta pusaka.

Program ini juga membuka peluang kepada umat Islam untuk berinfaq dalam jumlah yang besar (minima RM100,000) kepada mana-mana badan dan institusi berdaftar dengan amaun caruman bulanan yang mampu milik. Caruman bulanan ini akan ditakafulkan bagi menjana manfaat kewangan yang besar bagi tujuan hibah dan juga infaq.

Ilustrasi 1:

Ali, 34 tahun telah mencarum dengan program Hibah Infaq dengan caruman bulanan RM215.29. Ali seorang yang suka bersedekah dan mempunyai sebuah keluarga yang besar. Apabila meninggal dunia, keluarga ali akan menerima dana hibah sebanyak RM350,000 dan dalam masa yang sama sebanyak RM100,000 lagi akan diserahkan kepada Mercy Malaysia (badan kebajikan pilihan Ali) untuk tujuan infaq.

Ilustrasi 2:

Abu, 45 tahun telah mencarum dengan program Hibah Infaq dengan caruman bulanan RM479.08. Abu seorang yang suka bersedekah dan mempunyai sebuah keluarga yang besar. Apabila meninggal dunia, keluarga abu akan menerima dana hibah sebanyak RM500,000 dan dalam masa yang sama sebanyak RM100,000 lagi akan diserahkan kepada AMan Palestin dan RM100,000 lagi kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM)  (2 badan kebajikan pilihan Abu) untuk tujuan infaq.

MANFAAT PROGRAM

Program ini akan memberi manfaat kepada dua pihak iaitu kepada peserta program dan juga badan/institusi yang dipilih untuk menerima dana infaq.

BADAN / INSTITUSI YANG LAYAK MENERIMA DANA INFAQ

Peserta program Hibah Infaq boleh memilih mana-mana badan atau institusi untuk diserahkan dana infaq selepas berlaku kematian. Badan atau institusi yang dipilih mestilah berdaftar dengan sama ada pendaftar perniagaan, pendaftar syarikat, pendaftar pertubuhan atau pendaftar koperasi. Badan dan institusi tersebut boleh terdiri daripada:

  1. Pertubuhan Kebajikan
  2. NGO
  3. Koperasi
  4. Persatuan
  5. Pusat Tahfiz berdaftar
  6. Rumah anak yatim berdaftar
  7. Pusat-pusat jagaan berdaftar
  8. Badan-badan Agama Islam berdaftar

Peserta mestilah mendapatkan maklumat berikut bagi mendaftarkan badan atau institusi sebagai penerima dana infaq:

  1. Nama Penerima (seperti yang berdaftar dengan mana-mana pendaftar)
  2. No. Pendaftaran Penerima
  3. No Akaun Bank Penerima
  4. Bank Penerima

Sekiranya peserta tidak pasti badan atau institusi mana yang ingin dipilih atau tidak mempunyai maklumat berkenaan badan atau institusi tersebut, boleh sahaja memilih dari dua badan berikut yang telah sedia dipilih oleh pengendali takaful:

PENYELIA DAN PENYELARAS PROGRAM HIBAH INFAQ

Program Hibah Infaq ini diselia dan  diselaraskan oleh seketariat Program Hibah Infaq diketuai oleh saudara Ahmad Azizi Bin Zulkefli. Semua caruman di bawah program ini akan ditakafulkan dan semua kontrak takaful akan dikeluarkan oleh pihak AIA Public Takaful Berhad. saudara Ahmad Azizi Bin Zulkefli adalah wakil takaful berdaftar dengan AIA Public Takaful Berhad. Program Hibah & Infaq ini adalah berasaskan pelan A-Life Legacy dari AIA Public Takaful Berhad yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.

PROSES TUNTUTAN HIBAH DAN PEMBAHAGIAN DANA INFAQ

Tuntutan dana hibah akan diuruskan oleh pihak seketariat apabila menerima bukti kematian atau boleh dibuat terus ke mana-mana cawangan AIA Berhad dan AIA Public Takaful Berhad. Dana hibah boleh diserahkan seawal 1 minggu selepas tuntutan dibuat. Pembahagian dana infaq pula akan diuruskan oleh pemegang amanah yang dilantik oleh pihak AIA Public Takaful Berhad dan akan dibayar terus ke akaun bank penerima dana infaq.

KADAR CARUMAN BULANAN

Kadar caruman bulanan adalah berbeza, bergantung kepada umur, jantina, pekerjaan dan pelan yang ingin disertai. Hubungi kami untuk mendapatkan caruman bulanan bagi pelan yang dipilih.

PELEPASAN CUKAI

Setiap caruman melalui program ini layak untuk mendapat pelepasan cukai pendapatan menerusi kolum insuran hayat.

PELAN HIBAH INFAQ YANG DITAWARKAN

Bagi menyelaras program ini, kami menawarkan 2 pelan untuk dipilih:

PENDAFTARAN PESERTA

Lelaki dan perempuan, berumur dari 18 sehingga 70 tahun dan warganegara Malaysia layak menyertai program ini. Ibu atau bapa boleh juga mendaftarkan anak-anak yang berumur bermula 14 hari ke program ini.

Untuk mendaftar, anda boleh klik link di bawah:

TAWARAN KERJASAMA DENGAN MANA-MANA BADAN/INSTITUSI

Kami dengan berbesar hati menawarkan kerjasama dengan mana-mana badan atau institusi yang layak menerima dana infaq untuk menawarkan program ini kepada prospek peserta yang terdiri daripada penderma sedia ada atau yang baru. Pihak kami akan mengkoordinasikan supaya semua peserta yang mendaftar program ini melalui badan atau institusi anda akan memilih badan atau institusi anda sebagai penerima dana infaq.

Program ini boleh ditawarkan kepada mereka yang ada kaitan dengan badan atau institusi anda seperti:

  1. Penaung institusi
  2. Pengasas institusi
  3. Lembaga pengarah
  4. Pentadbir dan kakitangan
  5. Penderma sedia ada
  6. Jemaah kariah berdekatan
  7. Sesiapa sahaja yang berminat

Sekiranya berminat untuk berkerjasama, boleh klik di bawah:

PERTANYAAN LANJUT

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi penyelaras program di talian 019-3781629 atau emel [email protected]

 

TERIMA KASIH

MENJANA SAHAM AKHIRAT MENERUSI AMALAN HIBAH DAN INFAQ BERSISTEMATIK

 

 

 

 

 

 

 

AZIZI ZULKEFLI

Penyelaras Program

8 thoughts on “PELAN HIBAH & INFAQ TAKAFUL 2020

  1. Ust Halim

    Saya ada mengendalikan pusat tahfiz berdaftar, boleh ke pusat tahfiz sy menjadi penerima infaq, dan bagaimana pihak tuan nak sebarkan program ni kpd penderma sedia ada?

    Reply
    1. Azizi Zulkefli Post author

      Ya. Boleh. Ustaz wasap sy, nnt kita set utk perbincangan lanjut.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *