Jika kita membuat carian di Google tentang perancangan kewangan, terdapat pelbagai teori atau cara untuk menguruskan kewangan. Namun begitu, setiap teori atau cara tersebut tidak semestinya dapat diikuti seratus peratus kerana ia perlu disesuaikan dengan gaya perbelanjaan seseorang.
Untuk memulakan perancangan kewangan, seseorang perlu kembali kepada asas iaitu memeriksa aliran tunai. Aliran tunai bermaksud pergerakan kewangan dari segi kemasukan dan keluar wang bagi menentukan terdapat lebihan atau kekurangan sesuatu perbelanjaan pada tempoh tertentu. Bagi yang mengendalikan perniagaan, memeriksa aliran tunai perniagaan adalah wajib bagi menentukan sama ada sesuatu perniagaan tersebut mendapat keuntungan atau mengalami kerugian.
Pemeriksaan aliran tunai untuk perbelanjaan persendirian adalah baik bagi menentukan sama ada perbelanjaan kita pada sesuatu masa melebihi pendapatan atau sebaliknya. Kebiasaannya aliran tunai kewangan seseorang boleh diperiksa secara bulanan berdasarkan pendapatan atau gaji yang diterima setiap bulan.
Secara asasnya, aliran tunai kewangan boleh dibahagikan kepada pendapatan dan perbelanjaan. Pendapatan ialah wang yang diterima setiap bulan seperti gaji, upah, komisyen dan hasil sewaan hartanah. Pendapatan-pendapatan ini perlu dijumlahkan bagi menentukan jumlah pendapatan yang diperoleh setiap bulan.
Bagi perbelanjaan, tiada sebarang formula tetap bagi menentukan perbelanjaan seseorang kerana ia bergantung sepenuhnya kepada gaya perbelanjaan seseorang. Secara asasnya, perbelanjaan merujuk kepada aliran keluar wang untuk tujuan pembayaran atau keperluan kehidupan seseorang. Perbelanjaan merangkumi pembayaran bil-bil utiliti, sewa atau pinjaman perumahan, perbelanjaan petrol, pinjaman peribadi, barangan dapur dan sebagainya. bagi memastikan jumlah perbelanjaan, satu senarai perlu dibuat bagi menyenaraikan segala perbelanjaan bagi tempoh tertentu.
Setelah semua bentuk pendapatan dan senarai perbelanjaan telah dijumlahkan, maka sekarang kita diperingkat akhir bagi menentukan aliran tunai tersebut berada di dalam keadaan positif atau negatif. Jumlah pendapatan perlu ditolak bagi menentukan terdapat lebihan atau kekurangan di dalam aliran tunai tersebut. Jika setelah ditolak terdapat lebihan pada pendapatan, maka aliran tunai tersebut adalah positif manakala jika terdapat kekurangan atau baki negatif, sudah pasti ia aliran tunai yang negatif atau mengalami defisit.
Pemeriksaan aliran tunai kewangan merupakan langkah awal untuk merancang kewangan. Jika aliran tunai kewangan adalah positif, maka perancangan kewangan boleh diteruskan dengan langkah berikutnya iaitu perancangan kewangan jangka panjang. Jika negatif, sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan pendapatan melebihi perbelanjaan atau mengurangkan seberapa boleh perbelanjaan.
Akan datang saya akan berkongsi tentang perkara-perkara yang perlu diambil kira di dalam perbelanjaan.
time blajar, aku just dpt simpan duit syiling je..hehe
Masa blajar biasala, mmg susah nak menyimpan. Duit asyih habis je. Masa dah keje ni kena mula buat perancangan.
Sangat penting aliran tunai ni untuk kita laburkan atau gunakan di masa hadapan.
.-= Syafrizal´s last blog ..Reader Plus – extension Chrome untuk Google Reader =-.
emm. saya tak merancang sangat aliran duit saya. tapi saya mencari juga tempat untuk invest. sekarang ni masih lagi tertanya-tanya apa itu unit trust. terfikir jugak kalau nak invest, kat mana yang terbaik.
.-= zahida´s last blog ..Selamat Hari Guru seMalaysia =-.
@Zahida: Skrg ni bnyk syarikat yg kendalikan unit trust. Kalau yg dijamin kerajaan seperti ASB, ASN. Kalau swasta seperti MAAKL Mutual, Public Mutual.
Tapi kalau inginkan instrumen pelaburan yg digabungkan dgn perlindungan, mungkin boleh pertimbangkan skim takaful. Sbg contoh, MAA Takaful mempunyai produl dinamakan Takafulink yang menggabungkan pelaburan dan perlindungan seperti kematian dan hilang upaya kekal. Malah untuk wanita boleh ditambah dgn manfaat khas untuk penyakit2 wanita. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.
pengurusan wang sangat penting …. perbelanjaan perlu dikawal dengan bijak… apa yang penting kepelbagaian dalam simpanan kita…
.-= zik´s last blog ..Keputusan penuh Pilihan Raya Sibu (P212) =-.
selain memperuntukan wang untuk kehidupan dan kepentingan harian akliran tunai juga perlu di kahaskan utk simpanan akan dtg..
bsn,etqa, takaful, unit trus dan macam2 lagi 😉
@Suri: betul, perlu ada perancangan untuk simpanan dan juga perlindungan seperti takaful. Kalau ada duit lebih mungkin boleh dilaburkan dalam unit trust