Perancangan Kewangan – Pemberian dan Perlindungan

By | May 27, 2010

Untuk melanjutkan perkongsian saya berkenaan perancangan kewangan, saya akan memfokuskan kepada pemberian dan pelindungan di dalam belanjawan kewangan kita. Dua elemen ini biasanya kurang diambil berat oleh masyarakat kita terutama dalam aspek perlindungan kewangan.

Pemberian merupakan satu bentuk penyerahan sesuatu amaun kewangan kepada seseorang bagi tujuan derma atau bantuan kewangan. Bagi kita yang masih mempunyai ibu-bapa, pemberian bulanan kepada mereka juga boleh dimasukkan di dalam kategori ini. Namun begitu, masih ramai antara kita yang lupa untuk memperuntukkan sebahagian dari pendapatan untuk tujuan pemberian kepada ibu-bapa walaupun mempunyai gaji yang besar dan mampu berbuat demikian.

Bagi tujuan perancangan kewangan, pemberian wang kepada ibu-bapa haruslah disenaraikan di dalam jadual perbelanjaan bulanan bagi memastikan kita dapat mengurus kewangan dengan lebih baik. Mungkin niat kita baik untuk tidak meletakkan apa-apa had dalam pemberian wang kepada ibu-bapa tetapi dalam situasi normal, ia perlu dirancang bagi memastikan aliran tunai kewangan kita stabil dan tidak mengalami defisit atau kekurangan hasil dari tidak merancang pemberian ini.

Pemberian derma pula satu bentuk pemberian ikhlas kepada yang memerlukan tanpa mengahrapkan sebarang balasan atau pulangan dari penerima derma. Bagi lelaki muslim, pemberian derma di masjid pada hari Jumaat boleh termasuk dalam kategori ini. Kebiasaannya, derma tidak dimasukkan di dalam perbelanjaan bulanan kerana ianya melibatkan jumlah yang kecil. Sebagaimana derma hari Jumaat di masjid, biasanya jemaah hanya akan memasukkan nilai Rm1 ke dalam bekas derma.

Namun begitu, derma juga boleh dimasukkan di dalam jadual perbelanjaan bagi menjadikan amalan derma sebagai rutin bulanan kita. Disamping menderma, kita akan mendapat ganjaran pahala dari Allah.

Aspek perbelanjaan kedua pula yang akan kita bincangkan adalah perlindungan. Perbelanjaan bagi tujuan perlindungan ini paling kurang mendapat perhatian terutama di dalam masyarakat Melayu. Ini akan saya bincangkan pada artikel saya akan datang.

Perbelanjaan untuk perlindungan merupakan satu perbelanjaan yang dikeluarkan bagi menyertai mana-mana pelan perlindungan sama ada dalam bentuk takaful atau insurans. Sebagai muslim, saya tidak akan sentuh berkenaan insurans kerana insurans yang melibatkan nyawa adalah jelas haram berdasarkan fatwa yang telah dikeluarkan sejak tahun 1979 melalui persidangan ulama’  yang ke 16.

Secara umumnya, penyertaan di dalam skim takaful akan memberikan perlindungan terhadap pendapatan dan juga kesihatan jika berlaku sebarang musibah yang tidak diingini. Seorang lelaki, suami yang merupakan seorang ketua keluarga membawa risiko yang tinggi kerana seorang suami adalah pencari nafkah keluarga dan ahli keluarga yang lain bergantung sepenuhnya kepada suami untuk sumber pendapatan (jika isteri tidak bekerja). Jadi, jika berlaku apa-apa musibah kepada si suami, maka keluarga akan putus sumber pendapatan dan akan menghadapi masalah untuk meneruskan kehidupan harian.

Disini, takaful memainkan peranan sebagai pengganti pendapatan yang hilang dengan memberikan pampasan dalam bentuk kewangan kepada waris dan keluarga. Ketika ini, terdapat pelbagai produk takaful yang berada di pasaran yang menawarkan pelbagai manfaat jika kita menyertainya.

Sebagai kesimpulan, untuk melengkapkan jadual perancangan kewangan kita, pastikan pemberian dan tertutamanya perlindungan diletakkan sebagai antara senarai perbelanjaan utama kerana ia adalah perbelanjaan yang memberi manfaat dari segi ganjaran pahala dan juga perlindungan jika berlaku sebarang musibah kepada kita.

Akan datang, saya akan ulas dengan lebih terperinci berkenaan dengan takaful.

10 thoughts on “Perancangan Kewangan – Pemberian dan Perlindungan

  1. suri

    dulu slu bagi wang lebih kepada ibu dan ayah..skrg gaji pun dah berkurang tak macm dlu..tapi walaupan tdk di beri dlm jumlah yg byk sdkit pun ku titipan jua utk mrka 🙂

    Reply
  2. Azizi Zulkefli Post author

    Bahagian untuk mak ayah mmg kena ada. walaupun sikit, tu tanda penghargaan kita pada mereka. mak ayah pun takdela nk harap sgt duit dari kita, cuma bila bagi duit tu mereka akan rasa sgt dihargai.

    Reply
  3. mancai

    betul tu sekarang ni aku dah jadi ayah tau macamana perasaan kalau anak2 menghargai walaupun ianya tak perlu pun dan sendiri tak pernah kisah… macam gitulah mak dan ayah sendiri..

    Reply
  4. Muhd Suhaily

    Ibubapa sentiasa mengingati anak-anak setiap masa. Hulurkanlah walaupun tidak banyak sebagai tanda kita sentiasa mengingati mereka sepanjang hayat.

    Walaupun kasih sayang ditempat yg pertama tetapi dgn adanya sedikit utk perbelanjaan ini akan meringgankan beban mereka dalam menguruskan kewangan harian.

    Reply
  5. Muhd Suhaily

    Hulurkanlah sedikit walaupun tidak banyak sebagai tanda kita sentiasa mengingati mereka setiap masa, walaupun kasih sayang adalah no 1 tetapi bantuan spt ini boleh membantu mereka disaat mereka memerlukan.

    Susah dan senang datang tanpa diduga…
    .-= Muhd Suhaily´s last blog ..Maxis & Paypal =-.

    Reply
  6. Azizi Zulkefli Post author

    terima kasih kepada komen2 anda. artikel sy ini cuba untuk meletakkan pemberian kpd ibu bapa dan juga derma sebagai sebahagian dari jadual perancangan kewangan yang mungkin tidak disebut dalam artikel perancangan kewangan yang lain.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *