Seperti yg saya janjikan sebelum ini, saya akan berkongsi tentang perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan di dalam perbelanjaan harian kita.
Sebagaimana yang kita maklum, perbelanjaan merupakan salah satu cara bagi seseorang untuk mendapatkan keperluan dan kehendak sesuatu perkara. Perbelanjaan yang dikeluarkan sudah pasti datang dari hasil pendapatan sama ada dari gaji bulanan, upah, komisyen dan sebagainya.
Namun begitu, perbelanjaan perlulah dikawal bagi memastikan aliran tunai kewangan kita berada di dalam keadaan positif dan tidak mengalami defisit. Jadi, untuk mendapatkan aliran tunai kewangan yang positif, perbelanjaan harian perlu dikawal dan satu perancangan perbelanjaan perlu dibuat bagi mencapai tujuan ini.
Secara asasnya, perbelanjaan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu perbelanjaan keperluan dan perbelanjaan kehendak. Perbelanjaan keperluan merupakan perbelanjaan asas bagi menampung keperluan hidup seharian. Antara perbelanjaan keperluan asas yang boleh saya senaraikan adalah seperti berikut:-
- Tempat tinggal
- Makanan
- Pakaian
- Pengangkutan
- Perhubungan Komunikasi
Bagi perbelanjaan kehendak pula, ia adalah perbelanjaan diluar keperluan asas kehidupan seperti hiburan, percutian dan permainan. Walaubagaimanapun, perbelanjaan keperluan juga boleh bertukar kepada perbelanjaan kehendak jika apa yang menjadi keperluan tersebut telah melebihi keperluan yang diperlukan.
Sebagai contoh, pengangkutan seperti kereta adalah keperluan. Kereta diperlukan untuk membawa kita ke tempat kerja dan tempat-tempat lain yang diingini. Jika kita mempunyai bulanan sekitar RM2000 sebulan dan memakai kereta moden Proton Saga yang bayaran bulanannya sekitar RM400, maka ia masih berada di tahap keperluan berdasarkan baki gaji bulanan yang masih banyak bagi menampung perbelanjaan harian lain.
Tapi jika individu yang sama, mempunyai pendapatan yang sama tetapi memakai kenderaan moden Proton Perdana yang bayaran bulanannya sekitar RM1000, maka ia sudah lebih dari keperluan kerana baki gaji yang tinggal hanyalah separuh. Dalam makna kata lain, dia tidak mampu untuk memakai kereta Proton Perdana dengan gaji sebanyak RM2000.
Contoh lain adalah tempat tinggal. Jika anda seorang yang masih bujang dan baru memulakan pekerjaan, maka keperluan untuk memiliki sebuah rumah tidak begitu penting. Jika merujuk kepada keperluan, maka perkongsian sewaan sebuah rumah bersama kawan-kawan yang lain adalah lebih praktikal ketika ini. Sebagai contoh, jika sewa sebuah rumah sekitar RM400, jika dikongsi seramai 4 orang, seorang hanya perlu membayar RM100 sahaja; berbanding RM400 jika tinggal bersendirian. Ini bermakna, perbelanjaan dapat dijimatkan dengan perkongsian rumah.
Sebagai kesimpulan, perbelanjaan perlulah berdasarkan keperluan. Jika perkara yang menjadi keperluan telah mengatasi kemampuan, maka ia tidak lagi menjadi keperluan, tetapi bertukar menjadi kehendak. Walaubagaimanapun, jika perkara yang menjadi kehendak masih lagi di dalam lingkugan kemampuan, maka tidak menjadi kesalahan untuk mengeluarkan perbelanjaan tersebut. Yang menjadi kesalahan jika perbelanjaan kehendak itu tidak setara dengan kemampuan.
Jadi rancanglah perbelanjaan yang berhemah dan utamakan perkara yang menjadi keperluan bagi menjamin aliran tunai kewangan yang positif.
Pada artikel yang akan datang, saya akan meneruskan perkongsian saya berkenaan perbelanjaan dan akan menyentuh berkenaan pemberian dan juga perlindungan.
zaman sekarang memang kene berjimat cermat dan bijak berbelanja tapi malangnya ramai suka berhutang.. akibatnya muflis..
.-= Syafrizal´s last blog ..Radix Chicken House di Kota Bharu =-.
Betul, memang kena bijak berbelanja, lagi2 pada zaman yg kad krdit senang nak dapat. kalau tak boleh nak dikawal memang takut muflis je nanti.
kalau tak ada kad kredit atau debit pegi jejalan bawak cash sikit je.. kad bank bawak yang paling sikit nilainya dan yang lain simpan dalam peti besi kat umah… kalau bawak org rumah (pempuan ni pantang nampak je…) huhuhuhu sekadar pandangan..
salam..
perkara yg pertama harus dilakukan..byr umh hehehe..simpanan sendiri gak perlu.utk masa2 akan dtg
org dh berkeluaraga mmg kena betul kawl sumber kwgan tambah2 kalau pada kluga yg besar
Bank sekarang suka cari orang bagi hutang, yg duit bekepuk oklah tapi aliran tidak betul maka layak digelar dady..papa…lagi?
.-= Muhd Suhaily´s last blog ..Menjual Produk Informasi =-.
Assalamualaikum.
satu pengetahuan/ilmu baharu bagi saya tentang jenis-jenis perbelanjaan. Saya hanya tahu belanja tapi tak tahu berapa penting sesuatu perbelanjaan itu. TQ atas perkongsian maklumat ini.