Mulai dari hari ini, saya akan mula memasukkan topik-topik berkaitan pengurusan kewangan dan juga keusahawanan di dalam blog ini. Malah saya juga telah menukar tema blog ini dari ‘Teknologi dan Inovasi’ kepada ‘Inovatif, Kreatif dan Kritis’ untuk meluaskan lagi skop kandungan blog ini.
Untuk permulaan, saya ingin berkongsi dengan anda tentang perancangan kewangan. Perancangan kewangan adalah satu aspek penting dalam kehidupan. Dengan perancangan kewangan yang betul, kita akan dapat menguruskan kehidupan dengan lebih baik, teratur dan tenang.
Secara umumnya, perancangan kewangan bolehlah dimaksudkan sebagai merancang perbelanjaan secara terurus dan teratur dan mempunyai matlamat yang ingin dicapai sama ada dalam jangka waktu yang pendek atau jangka waktu yang panjang. Dari sini, individu yang merancang kewangan dengan betul akan dapat menetapkan matlamat kewangan masing-masing di samping dapat hidup dalam keadaaan yang mana semua urusan kehidupan yang melibatkan wang dapat diuruskan dengan baik.
Perancangan kewangan secara asasnya akan melibatkan keperluan hidup seseorang. Sebagai contoh, keperluan makanan, pakaian, pengangkutan, kesihatan, simpanan dan sebagainya. Segala bentuk pembaziran atau terlebih guna wang akan cuba dielakkan dalam perancangan kewangan bagi mengelakkan matlamat untuk mencapai pengurusan kewangan yang baik gagal.
Perancangan kewangan adalah berbeza mengikut individu. Pengurusan kewangan orang yang bujang sudah tentu berbeza dengan orang yang sudah berkahwin. Pengurusan kewangan orang yang sudah berkahwin sudah tentu perlu mengambil kira keperluan rumahtangga seperti keperluan isteri dan anak-anak. Bagi yang bujang pula, keperluan untuk menyimpan untuk tujuan perkahwinan perlu diambil kira bagi mengelakkan berhutang di kemudian hari.
Merancang kewangan bukan bermaksud kita tidak boleh sama sekali untuk berhutang. Malah, di zaman ini, hutang sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan. Hutang boleh terdiri dalam pelbagai jenis seperti hutang kenderaan, pelajaran dan peribadi. Hutang-hutang ini jika tidak diuruskan dengan sempurna akan mencacatkan pola kewangan seseorang. Oleh itu, bagi yang berhutang, pastikan hutang dimasukkan sekali di dalam perancangan kewangan bagi mencegah risiko hutang tidak berbayar.
Akan datang, saya akan terangkan dengan lebih teliti antara perkara-perkara yang perlu diambil kira dalam merancang kewangan.
Salam..
duit, wang dalam maksud yang sama..apa yang penting setiap punca pendapatan kita itu haruslah di salurkan kepada jalan yang betul.
jangan lupa simpanan sendiri juga perlu utnuk waktu2 yang terdesak yer..hehe
Betul, simpanan wajib ada. Skrg kena tambah lagi, perlindungan mcm takaful.
Sekarang saya berusaha bersungguh2 dalam bisnes.
Nak bina sesuatu untuk masa depan dan sebagai pelaburan ekonomi Islam.
.-= Syafrizal´s last blog ..Sijil halal untuk dilelong? =-.
Good luck bro. Teruskan perjuangan.
.-= Azizi Zulkefli´s last blog ..Perancangan Kewangan =-.
betul2 dari sekarang kena mula menyimpan… kepelbagaian simpanan …. mengurangkan risiko..
.-= zik´s last blog ..Malaysia menewaskan china Piala Sultan Azlan Shah 2010! =-.
kalau ada 1 anak sure masuk takaful mau rm80 reganya,..kalu 2 nak ..3 anak camner huhuhu..
blum utk diri sndiri punya takaful lagi..adeh..
Tu sbb perancangan tu penting. Kena letak siap2 takaful sebahagian drpd bajet. Insyaallah akan dtg saya akan kongsi artikel2 berkaitan takaful.
kewangan memang patut dirancang lebih2 pada zaman sekarang ni macam2 boleh berlaku…
perjuangan masih belum selesai.. hihihi
memang betul masa kini kite tidak dapat elak dari berhutang…rumah, kereta bukan lagi kehendak, tapi adalah keperluan…mengetahui good debt dan bada debt amat membantu dalam perancangan kewangan