Kesedaran masyarakat hari ini tentang keperluan mendapatkan perlindungan takaful sudah semakin bertambah. Ramai di kalangan mereka yang menghantar e-mel kepada saya sedang membandingkan sebut harga takaful yang diterima dari syarikat-syarikat takaful yang ada di Malaysia. Dan kebanyakan dari mereka tidak tahu bagaimana ingin menilai sesuatu sebut harga yang diterima.
Ada juga ejen-ejen syarikat takaful lain yang tidak bertanggungjawab memberi fakta yang kurang tepat dan malah fakta yang tidak betul tentang produk AIA Public Takaful sehinggakan prospek pelanggan menjadi keliru atau mendapat fakta yang salah berkenaan AIA Public Takaful atau mana-mana syarikat takaful lain.
Jadi nasihat saya kepada bakal pemegang polisi, jika anda ingin membuat ‘survey’, pastikan anda tahu apa yang anda ‘survey’ dan dapatkan maklumat terus dari ejen syarikat yang dicari. Sebagai contoh, kalau anda nak tahu tentang produk-produk dari syarikat A, terus pergi ke ejen syarikat A. Kalau ejen syarikat B yang bercerita tentang produk A, ada kemungkinan fakta yang diberi agak kurang tepat atau tidak betul sama sekali.
Kalau anda anda nak tahu apa yang anda patut ‘survey’ untuk produk-produk takaful, di bawah adalah beberapa tips ringkas:
1. Anda patut survey syarikat mana yang boleh tawarkan manfaat kematian paling tinggi kerana manfaat kematian inilah yang kemungkinan besar menjadi sumber utama pendapatan kepada waris setelah ketiadaan kita.
2. Survey syarikat mana yang boleh memberikan pampasan hilang upaya kekal paling tinggi kerana wang pampasan ini anda akan guna untuk ganti pendapatan semasa tiada upaya untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
3. Survey manfaat-manfaat tambahan yang diberi sama ada anda betul-betul perlukan atau tidak. Sebagai contoh adakah anda betul-betul perlukan elaun hospital sehingga ribuan ringgit sehari sehingga terpaksa membayar caruman yang tinggi dan mengurangkan manfaat kematian dan hilang upaya kekal.
4. Jika anda penting simpanan di dalam polisi anda, semak berapa jangkaan pulangan yang akan diberikan. Biasanya setiap sebut harga yang dikeluarkan oleh kebanyakan syarikat takaful berdasarkan keuntungan 9% setahun.
5. Jika anda mencari kad perubatan, cuba cari kad perubatan yang tidak mempunyai ko-takaful. Jika kad perubatan mempunyai ko-takaful, anda perlu menyediakan sejumlah wang untuk membayar ko-takaful semasa proses keluar dari hospital.
Jadi itu antara tips yang boleh saya berikan. Jika anda nak survey, survey berdasarkan apa yang saya berikan di atas. Selebihnya, anda yang membuat keputusan.
bab nak kajiselidik harga ni.
bila buat pilihan pening aku.
.-= Ali ridha´s last blog ..Jiwa kacau bilau =-.
Kalau tak nak pening, boleh hubungi saya, kita set appintment untuk saya terangkan dengan lebih teliti
Salam En Azizi, berkenaan produk takafulink merujuk kepada kenyataan no. 1 dan no. 2 pampasan TPD, manfaat kematian/TPD yang dibayar kepada waris/atau si penerima. Adakah manfaat ini akan dibayar dua kali ganda sekiranya berlaku ditempat atau ketika menggunakan perkhidmatan awam?
Manfaat dua kali ganda akan dibayar untuk perlindungan kemalangan sahaja. Sbg contoh kalau ambil perlindungan kemalangan sebanyak RM20,000 dan kemalangan berlaku di tempat awam yang mengakibatkan kematian atau TPD, ia akan dibayar 2 kali ganda iaitu sebanyak RM40,000