Tahukah anda seseorang isteri boleh mengambil takaful untuk suaminya? Ini boleh dilakukan dengan isteri akan menjadi peserta kepada pelan takaful tersebut manakala si suami akan menjadi orang yang dilindungi.
Si isteri boleh mengambil polisi takaful untuk suaminya jika merasakan diri isteri tidak akan terbela jika berlaku musibah terhadap suaminya. Sebagai contoh, suami yang negatif terhadap takaful, si isteri yg punya kesedaran kepentingan takaful boleh mengambil pelan takaful untuk suaminya dan jika berlaku musibah kematian terhadap suaminya, ke semua wang pampasan akan automatik menjadi hak isteri.
Satu lagi situasi di mana suami mempunyai hutang keliling pinggang. Jika si suami meninggal, sudah pasti isteri yang akan menanggung hutang si suami. Jadi untuk langkah berjaga-jaga, isteri boleh mengambil polisi untuk suaminya dan jika berlaku kematian terhadap suaminya, isteri akan mendapat sepenuhnya wang pampasan yang boleh digunakan untuk selesaikan hutang suami dan bakinya boleh digunakan untuk diri sendiri.
Jadi, kepada isteri-isteri yang prihatin, mungkin anda boleh menyelamatkan diri anda dari masalah selepas kematian suami dengan mengambil satu polisi takaful untuk suami.
Azizi Zulkefli
Perunding Takaful
MAA Takaful Berhad
Tel: 019-3781629
E-Mel: [email protected] / [email protected]
Laman Web: http://www.teralogies.com
sorry lama tak menjenguk.
bagus pelan ni. tapi kan saya pernah baca buku cukup wang hati senang. dalam buku tu ada cerita pasal sorang isteri yang ‘celik’ masa depan. maka si isteri melabur dalam amanah saham tanpa pengetahuan suaminya kerana suaminya tu negatif dengan benda2 camtu. lagipun si suami tu panas baran orangnya.
jadi cerita, surat statement dari amanah saham tu sampai ke rumah. si suami terbaca. ape lagi, mengamuk die kat isteri. suami tu sampai pegi marah2 isteri dia kat pejabat asnita depan pekerja2 situ.
yg isteri cakap, dia dah pesan pada hari dia join asnita, jgn hantar statement kat rumah, tapi diorang hantar jugak.
susah jadi isteri yang dpt suami camtu kan.
.-= zahida´s last blog ..Mentaliti membentuk sikap =-.