Rancang Kewangan Dari Sekarang

By | June 30, 2010

Saya selalu mendapat rungutan dari kawan-kawan dan juga bakal-bakal klien saya yang mereka tidak cukup duit. Ini terutama apabila saya meminta bayaran pendahuluan dua bulan untuk permohonan takaful. Pada hal gaji baru sahaja masuk beberapa hari yang lepas. Takkan dan takda duit? Nak minta seratus ringgit pun dah takda, jadinya terpaksa tangguh sampai gaji bulan depan. Kalau bulan depan sama juga, macam mana? Kalau tak sempat nak ambil takaful, tiba-tiba ditimpa musibah, tak sia-sia?

Ini senario yang biasa berlaku di dalam masyarakat kita. Pendapatan yang diterima tidak diuruskan dengan betul dan akhirnya bila kita benar-benar memerlukannya, ianya tiada. Dan pada masa inilah kita nak mengorek tabung simpanan, guna kad kredit tanpa kawalan atau membuat pinjaman yang tidak sepatutnya.

Merancang kewangan bukan untuk sesetengah golongan sahaja. Ada yang menganggap merancang kewangan adalah untuk orang yang gaji sedikit, supaya dapat digunakan gaji tersebut dengan cermat dan jimat. Ada pula yang menganggap merancang kewangan untuk orang kaya-kaya sebab kalau duit tak diuruskan dengan betul, maka takut disalahguna.

Merancang kewangan adalah satu kemestian untuk semua golongan. Ini bagi memastikan aliran tunai kita dari segi bulanan dan tahunan sentiasa dalam keadaan positif. Saya mengambil contoh rakan saya yang pada mulanya berhasrat untuk memilki kad perubatan MAA Takaful. Tetapi pada ketika bayaran nak dibuat, dia baru perasan yang cukai dan jalan dan insurans keretanya telah tamat tempoh. Jadi ketika itu baru kelam kabut nak cari duit nak memperbaharui cukai jalan dan insurans. Akhirnya duit gaji pada bulan tersebut menjadi mangsa dan saya pasti untuk bulan tersebut dia akan terpaksa mengikat perut dek kerana ‘lari bajet’ gara-gara cukai jalan dan insurans kereta.

Sebenarnya masalah ini boleh dielakkan jika kita telah merancang terlebih dahulu kewangan bulanan dan tahunan kita. Di dalam, belanjawan bulanan kita, kita patut senaraikan belanja-belanja yang perlu kita lunaskan untuk tempoh tahunan seperti cukai jalan dan insurans kereta, cukai pintu dan cukai pendapatan. Kita perlu membuat anggaran berapa yang perlu kita bayar untuk tempoh setahun dan dibahagikan kepada 12. Dari situ kita akan dapat memperuntukkan sedikit bahagian untuk perbelanjaan tahunan tersebut dalam belanjawan bulanan kita.

Saya mengambil contoh bayaran cukai jalan dan insurans kereta. Jika bayaran yang perlu kita buat pada tahun tersebut adalah RM1200.00, maka kita boleh bahagikan kepada 12, jadi jumlahnya adalah RM100.00. Dari sini kita perlu menyediakan sebanyak RM100 sebulan dan disimpan di dalam akaun khas untuk selama 12 bulan bagi tujuan pembayaran cukai jalan dan insurans kereta tadi. Dengan ini, ketika telah sampai waktu dan ketikanya kita memerlukan duit untuk tujuamn pembayaran tersebut, kita telah bersedia. Cara ini boleh juga digunakan untuk lain-lain perbelanjaan secara tahunan.

Jadi tuan-tuan, perancangan perlu betul bagi memastikan kita tidak kesempitan wang semasa perlu membuat sesuatu bayaran tahunan sekali gus. Ini akan dapat menyelamatkan kita dari gejala berhutang dan penggunaan kad kredit secara yang tidak terkawal. Oleh itu, rancang kewangan anda dari sekarang!

7 thoughts on “Rancang Kewangan Dari Sekarang

    1. Azizi Zulkefli Post author

      Betul, asalnya mmg nak tuju kpd bangsa melayu kita artikel ni. Kalau kita tgk bangsa lain dah lama buat perkara mcm ni. Bila lahir je anak dah sibuk nak cari insurans utk anak. Bab2 duit ni sejak dari kecil dah diajar utk merancang.

      Reply
  1. zik

    memang kena amik tahu…walaupun student… zik pun dah jarang cari/jumpa client … nanti dah habis belajau ..insyallah akan diusahakan juga…
    .-= zik´s last blog ..Post schedule sudah habis =-.

    Reply
  2. suri

    perancagan kwgan perlu ada supaya kita tidak sesak pada satu2 masa kelak..hehee..

    Reply
  3. mus

    Aku terbaca bab kewangan ni tulisan Sdr Azizi Ali, kalau boleh ikut, memang tak de masalah…

    Katanya (lebih kurang)”kalau mampu pakai BMW 5 Series, pakai je BMW 3 Series, kalau tak yg lebih baik pakai je Kancil….

    Tapi majoriti kita sekarang ni terbalik, Income, hanya mampu pakai Kancil je tapi…beli Grand Livina!!!

    Mcmne nak ambil takaful… hutang belambak.
    .-= mus´s last blog ..Aiskrim Toyyibah =-.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *