Telah agak lama saya tidak mengemaskini blog saya ni. Ini semua gara-gara menyiapkan laman blog ringkas produk-produk yang ditawarkan MAA Takaful Berhad. Sudah agak lama sebenarnya saya ingin menyiapkan laman ini namun disebabkan kekangan masa, rancangan saya ini sering terbantut.
Setelah siapnya laman blog ini, ia akan membantu sesiapa sahaja untuk mengetahui secara ringkas produk-produk MAA Takaful. Walaubagaimanapun, untuk penerangan lanjut tentang produk, temujanji tidak dapat dielakkan. Ini kerana banyak penerangan yang tidak mampu dizahirkan menerusi laman web. Cara konvensional menerusi temujanji adalah yang terbaik.
Mungkin ada yang tertanya bagaimana agaknya saya bermula sebagai perunding takaful dan kenapa memilih MAA Takaful?
Saya seperti sesiapa sahaja agak sinis dengan pada awalnya pada kerjaya sebagai ejen atau perunding takaful. Malah didatangi ejen insurans atau takaful agak merimaskan. Mungkin cara ejen tersebut yang agak agresif dan tidak beretika menyebabkan saya tidak begitu berkenan dengan golongan ini.
Walaubagaimanapun, saya ketika itu masih juga mencari perlindungan terbaik takaful untuk diri saya dan isteri sehingga saya mendapat panggilan dari seorang ejen MAA Takaful. Ejen tersebut mengajak saya untuk berjumpa bagi menerangkan satu pelan pengurusan kewangan Islam yang ditawarkan syarikat MAA.
Pelan pengurusan kewangan Islam yang dimaksudkan adalah takaful. Berdasarkan penerangannya, saya begitu tertarik dengan pelan perlindungan yang digabungkan bersama simpanan dan pelaburan. Saya terus bersetuju untuk menyertai pelan takaful ini.
Saya seperti biasa akan membuat sedikit carian tentang sesuatu yang akan atau sudah saya gunakan. Berdasarkan carian saya, saya merasakan agak banyak yang tidak diterangkan secara teliti oleh ejen tersebut. Saya tidaklah hendak menyalahkan ejen tersebut kerana saya sendiri tidak tahu apa yang hendak ditanyakan dan mungkin ejen tersebut beranggapan saya telah tahu semuanya.
Sejak dari itu, saya banyak membuat kajian tentang produk-produk yang ditawarkan oleh syarikat-syrikat pengendali takaful di Malaysia. Saya telah membuat perbandigan di antara pengendali-pengendali takaful utama negara seperti Prudential BSN Takaful, Takaful Iklhas, Etiqa Takaful dan MAA Takaful.
Saya cukup tertarik dengan pelan-pelan yang ditawarkan Prudential BSN Takaful namun dari segi pampasan dan pelan medical card, masih agak rendah berbanding apa yang ditawarkan oleh MAA Takaful. Walaupun had seumur hidup boleh mencapai RM1.5 juta, namun had tahunannya agak rendah dan tidak setara dengan nilai tahunannya. Bagi saya nilai tahunan harus tinggi bagi menampung perbelanjaan perubatan yang tinggi bagi temph setahun. Takaful Ikhlas dan Etiqa Takaful pula saya lihat produknya agak tradisional dan kurang kompetitif dari segi nilai pampasan dan juga kad perubatan.
Dari kajian saya, saya berpendapat MAA Takaful menawarkan nilai produk yang lebih baik berbanding pengendali takaful lain. Disamping dapat menawarkan nilai pampasan yang tinggi dengan caruman yang rendah, kad perubatannya juga komprehensif di mana tiada ko-takaful 10% dikenakan sebagaimana Prudential BSN Takaful dan Etiqa Takaful.
Saya pun terfikir kenapa terdapat banyak perbezaan? Lesen Takaful dikeluarkan oleh badan yang sama iaitu Bank Negara. Mungkin kerana MAA Takaful adalah syarikat yang terakhir mendapat lesen takaful dari Bank Negara dan telah meneliti ke semua pelan takaful yang telah sedia ada di pasaran. Dari situ MAA Takaful dapat menyediakan yang terbaik bagi produk-produk takafulnya. Tidak hairanlah MAA Takaful mendapat anugerah produk takaful terbaik 2009 sempena Forum Kewangan Islam 2009.
Kemudian tergerak hati saya untuk membuat sedikit kajian tentang ejen takaful. Setelah apa yang saya kaji selama ini, apa salahnya jika saya sendiri bertindak sebagai ejen dan berkongsi tentang pelan takaful terbaik ini kepada rakan-rakan dan orang terdekat. Mulai dari saat itu, saya telah memilih MAA Takaful sebagai saluran saya untuk berkongsi tentang produk takaful kepada rakan-rakan dan seterusnya kepada semua masyarakat Melayu kita.
Apa yang saya catatkan di atas adalah berdasarkan pengalaman dan pendapat perbadi saya sahaja. Saya tidak berniat untuk membuat perbandingan secara melulu tanpa membuat sebarang kajian atas apa yang saya nyatakan di atas. Setiap produk takaful ada kelebihan dan kekurangannya sendiri. Kalau nak tahu lebih lanjut , sila hubungi saya terus di talian 019-3781629 atau emel [email protected]
wah menarik, satu lagu peluang jana pendapatan ni 😀
.-= etomyam´s last blog ..Kerang Bakar Dan Bukit Gondol =-.
aku ada sejarah tersendiri dengan pelan2 yang disediakan oleh syarikat insuran yang banyak dinyatakan kat atas… namun pelan terakhir yang membawa penarikan dan minat saya memang pelan MAA takaful… segala2nya memang lengkap dan tak ada yang terselindung… cuma ingat nak tambah lagi satu akan datang pulak… cuma tak survey lagi apa pelan yang terbaru ni pulak… bro leh email kot…
Mancai: Tahniah Bro kerana memilih MAA Takaful. Betul, kalau sape2 yg pernah ambik pelan2 takaful yg lain sblm ni mmg akan perasan perbezaan yg ditawarkan MAA Takaful. Nnt aku email ape yg terbaru.
wah satu perbandingan yang mantap bro..
salam en azizi,
sy sdg mencari medical card. banyak dah sy survey terutamanya dari PruBSN. medical card MAA adalah standalone dan kena renew tahunan kan? . so sy nak tanya kalau sy kena penyakit kritikal adakah sy boleh renew medical card sy selepas setahun pakai? kalau pelan link maa ada sebut pelan akan free sampai bila bila sekiranya kena penyakit kritikal. Plan med card lain lain yg stand alone tidak memberikan jawapan yg meyakinkan. email sy ye..
terima kasih..
Salam,
Walaupun medical card maa takaful ni stand alone, ia masih dijamin pembaharuan setiap tahun. Walaupun saudara dah pernah buat claim sakit kritikal, pembaharuan masih boleh dibuat.
Kalau ambil medical card sekali dgn takafulink atau dalam kata lain sebagai rider atau manfaat tambahan, kalau sakit kritikal caruman akan jadi percuma. Tapi kalau ambil medical card shj tanpa pelan takafulink, caruman masih perlu dibayar walaupun dah kena sakit kritikal sbb medical card stand alone tiada sebarang elemen simpanan dan rider tambahan. Jadi kalau nak ambil pelan lengkap dan nak caruman percuma selepas sakit kritikal, ambil pelan takafulink dan medical card dalam satu pelan.
Terima kasih